Jumaat, 17 Mei 2013

KEJAM??



Si Gadis :

" Oh Tuhan , untuk kali ini saja aku mengharapkan kau memakbulkan hasrat ku . Mungkin daripada ini aku akan faham erti bersyukur .. Aku mahu si dia jadi milik aku walau hanya untuk seketika , Tolong Tuhan aku mahu dia ... " 


Si lelaki :

" Oh Tuhan , Aku bersyukur dengan segala apa yang kau beri. Cuma untuk kali ini, aku mohon jangan pernah dekatkan si dia pada ku . Tolong Tuhan aku tak mahu dia ...." 



Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 



p/s : ada Akal dan cuba cari Iman fikir dengan tenang ... 

Apa Guna ?

Apa guna punya kehidupan tapi kau cepat mengaku kalah ?

Apa guna punya cinta tapi kau tak pernah belajar untuk setia ?

Apa guna punya keluarga tapi kau langsung tak pernah peduli akan mereka ?

Apa guna punya kawan tapi kau sering rasa kesepian ?

Apa guna punya bahagia tapi kau tak pernah merasainya ?

Apa guna punya harta tapi kau gadaikan pada yang salah ?

Apa guna punya impian tapi kau tak pernah berusaha untuk mencapainya ?

Apa guna punya akal tapi kau tak pernah ambil masa untuk menggunakannya ?

Apa guna punya segalanya tapi kau tak pernah rasa kesyukuran ?

Tak guna nak kata apa . Semuanya letak pada diri kau juga. Engkau yang rasa sesuatu perkara itu berguna atau tidak . Jadi daripada kau rasa segala dalam hidup ini sesuatu yang tak berguna baik kau tenang dan bertindak bijak fikirkan segalanya pada sudut yang berguna.