Rabu, 27 November 2013

Memilih Dia.

Memilih Dia.
bukan kerna rupa yang ada padanya.
bukan kerna harta yang termilik darinya.
bukan kerna nama yang termasyur tentangnya.

Memilih Dia.
moga tuhan makbulkan segala hajat.
moga tuhan tunaikan segala doa tersirat.
moga tuhan takdirkan segala hasrat.

Memilih dia.
berharap penantian ini berakhir.
berharap pilihan ini yang terbaik.
berharap aku punya bahagia dengan dia.



~artibsha~
27November2013
pesanantanpasuara.

Selasa, 19 November 2013

Perindu Jalanan

apa adanya tentang aku.
rindu aku selalu terabai sepi.
tiada yang mahu peduli & mengerti.
kernanya aku sekadar perindu jalanan.

harta aku cuma seluas langit tuhan.
dimana pun aku bertapak.
itu harta tuhan yang terpinjam dari aku.
namun ia maseh tidak cukup untuk meyakinkan dia.
kernanya aku cuma perindu jalanan.

untuk kau yang termilik bukan kerna aku.
tolong tunjukkan cara bagaimana harus aku dikasihi kau.
tolong ajarkan cara bagaimana boleh aku dicintai kau.
kernanya aku maseh perindu jalanan



~artibsha~
pesanantanpasuara/19November2013


Sabtu, 9 November 2013

Tentang Kita .


Aku tak salahkan takdir,
bila kita terpisah begini.
salah kita,
terlalu ego.
terlalu ikut kata hati.
akhirnya makan diri sendiri.

Aku tak mahu salahkan sesiapa.
bukan dia penyebab kita begini.
salah kita.
tak reti bebahagi masa.
tak pandai nak kawal keadaan.
akhirnya diri sendiri menyesal.

Aku tak tahu apa lagi.
perlu aku lakukan.
untuk kembali kepada sedia ada.
sebab aku dah hilang kata.
dan kau.
seolah tidak mahu menyelamatkan lagi.
tentang kita.
jadi ini pengakhirnya.
kita sepatutnya sahabat selamanya.
kita bertukar asing antara satu sama lain.
dengan kenangan yang indah pernah tercipta.....



Jumaat, 1 November 2013

Dengan IzinMu.

Dengan IzinMu,
tuhan semesta alam,
tuhan penentu segala takdir,
tuhan pemilik sekelian dunia,
aku bermohon seperti selalunya,
aku berharap seperti kebiasaannya,
aku berdoa seperti tiap harinya.

berikan aku cinta,
berikan aku bahagia,
berikan aku keindahan rasa.

Dengan IzinMu,
aku minta untuk sekian kalinya,
moga dia untuk aku,
moga dia bahagia aku,
moga dia cinta terakhir itu.


~artibsha~
01November2013