Rabu, 10 Julai 2013

Salam ramadhan dari aku buat kau.

Salam Ramadhan,
sahabat,
kawan,
teman,
yang paling indah,
yang paling cantik,
yang paling lawa.

Moga ramadhan ini lebih rasa tenang syurga,
moga ramadhan ini bawa jiwa hamba,
moga ramadhan ini beri makna sempurna cinta pada Dia.

aku mahu kau rasa tebaran kasih aku,
ikhlas tak mintak dibalas,
agar ia menghiburkan tiap duka,
aku beri selagi kau ingini.

Salam ramadhan semua kesayangan gua.

~artibsha~
130710
*ramadhan pertama tanpa bunda.aku redha.

Khamis, 4 Julai 2013

Warkah buat bakal Imamku.

Bakal Imamku,
aku mencari centa dalam damai tasbih Ilahi
aku mendamba kasih dalam restu takdir yang Esa
aku mengharap rindu dalam penantian suratan dari DIA.

Bakal Imamku,
benarkan aku mencintaimu  penuh keikhlasan rasa
benarkan aku mendampingimu sekadar penguat diri berjuang di alam dunia
benarkan aku memilikimu sebagai tanda tulus jiwa mencenta.

Bakal Imamku,
percayakan aku atas rasa bertuhan
percayakan aku atas centa keikhlasan
percayakan aku atas janji kedamaian

Sesungguhnya,
aku mencintaimu kerna kasihmu padaNYA lebih dari kasihmu buatku,
aku menyayangimu kerna rindumu padaNYA tulus ikhlas tiada ragu,

dihujung janjiku atas nama agama
bila lafaz tertaklik antara kita
bila gelaran terindah itu milik kita
satu janjiku buatmu hingga hujung nafas terlerai...
"...wahai suamiku tercinta, aku mengharapkan
ikatan ini kekal hingga ke syurga... bantulah aku
mencari cinta teragung beriringan cinta dunia kita... ingatkan aku pada
tanggungjawab seorang isteri agar aku tidak mengecewakan dirimu kerna taksub dengan hal dunia.

wahai suamiku tersayang, benarkan aku mencium
bau syurga dari bawah tapak kakimu, benarkan aku
menjadi pencinta setia disisi dengan seikhlas hati,benarkan aku mengubat segala duka bila hatimu dilukai, benarkan aku menjadi bunda kepada anugerah cinta hadiah dari Ilahi."

Dipenghujung waktu menyisir tua
aku berdoa agar cinta kita masih seperti itu,
walau nanti aku harus memimpin tanganmu untuk mencari saki baki cinta dunia kita,
walau nanti aku harus menyediakan
hidangan yang lembut tidak berkenyal kerna dirimu tidak lagi mampu menghadam semuanya,
walau nanti aku perlu menjadi peneman setia disisi dirimu yang tidak lagi segagah waktu muda.

dia yang bernama suami,
benarkan aku untuk terus mencintaimu, sehingga jasad diambil semula.

Aku Menyakinkan Diri.


aku menyakinkan diri
bahawa masih ada cinta untuk sang pencinta
bahawa masih ada rasa untuk si perasa
bahawa masih ada agama untuk hamba yang mulia.

aku menyakinkan diri
hidup pinjaman tuhan yang punya titik noktah
hidup dicipta untuk mencari nilai agama
hidup perjalanan manusia penuh tanda tanya.


~artibsha~
040713

Rabu, 3 Julai 2013

Luah Jiwa

Ada hati yang bakal terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa.

Hati ini sedih penuh derita,
Derita jengah selang berganti,
Cuba membawa diri pergi,
Tempat mengadu hanya Ilahi.

Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi.

Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa.


~pengembara jalanan~

PadaMu Kekasih.

PadaMu Kekasih,
aku mohon ditunjukkan jalan,
agar aku tidak sesat,
agar aku tidak lupa,
agar aku tidak alpa.

PadaMu Kekasih,
aku pinta diberikan kekuatan,
biar aku mampu hadapi segala,
biar aku mampu tempuhi semua,
biar aku mampu lalui derita.

PadaMu Kekasih,
aku berdoa dipunyai keimanan,
supaya aku bisa menepis dugaan,
supaya aku bisa menjauh kejahatan,
supaya aku bisa berbuat kebaikan.

PadaMu Kekasih,
hanya Engkau tempat ku meneduh kasih,
hanya Engkau satu cinta ku yang setia hingga hujung nyawa,
hanya Engkau yang membenarkan sayang ku hingga sampai syurga.

PadaMu Kekasih,
terima kasih kerna masih setia bersama tika duka tiba,
terima kasih kerna masih sedia memberi ku tawa tika derita tercipta,
terima kasih kerna masih rela menghadiahkan mereka yang setia tika aku sendiri berkelana.


~artibsha~
-030713-