Isnin, 1 Ogos 2016

soalan dari fikiran paling dalam...


# Bagaimana mahu meneruskan tanpa perlu ada rasa pengharapan ?

# Bagaimana mahu memulakan tanpa ada rasa keraguan?

# Bagaimana mahu terus gembira tanpa ada rasa kesedihan?

# Bagaimana mahu menyimpan tanpa ada sebarang gangguan?

# Bagaimana mahu percaya kalau sentiasa dalam ketakutkan?

# Bagaimana mahu berasa tenang dengan hanya melihat senyuman itu?

kerana apa dalam fikiran sentiasa menjadi penghalang hati untuk mengcapai
kebahagiaan .

kerana minda dan perilaku itu selalunya bertentangan untuk mencapai
keputusan.

atau kerana aku? yang sentiasa berfikiran terlalu dalam.
TUHAN TOLONG AKU!



Selasa, 19 Julai 2016

#Jiwakacau


Kau mahu sesuatu.
dan kau perolehi.

muncul pula rasa,
gelisah,
takut,
sedih,
kecewa,

yang mana semuanya amat menyakitkan .
walau pada mulanya kebahagiaan yang kau cari.

aku punya suatu persoalan yang tiada jawapan ku temui!
"Kenapa kita kejar bahagia kalau pada akhirnya kecewa tetap menanti?"

Selasa, 26 Januari 2016

Sisakan Hatimu

Aku yang mengharapkan kau sejak dulu,
Tapi entah mengapa kau tak pernah peduli
Tapi entah mengapa kau tak pernah mengerti.

Meski telah kunyatakan hanya
kau berada di benakku.
Meski telah kubuktikan hanya
kau yang berhak atas hatiku.

Harus bagaimana lagi aku persembahkan
agar dapat kau mengerti dan fahami tulus perasaan.

Untuk sekali lagi aku bermohon,
Sisakan hati kau untuk aku
Walau aku tahu semua itu tak mungkin terjadi,
Sisakan hati kau pada aku
Walau aku tahu semua itu tak mungkin bererti.

~artibsha~
pesanantanpasuara
26Januari2016

Khamis, 14 Januari 2016

Derita Mencintamu.

Jauh hari aku rasakan
Kau kelak pasti termilik dariku
Telah terjadi semua yang diingini
Aku yakin kau nanti ada disini
Dekat tidak berjarak lagi.

Aku cuba menahan segala maki
Tidak peduli apa kata yang lainnya
Kerna Hati ini hanya ingin kamu
Walau harus menunggu untuk kali yang 
aku sendiri tidak mampu lagi menghitungnya.

Aku mohon kau maafkan aku kerna,
Terlanjur menginginkanmu
Terlanjur menyayangimu
Terlanjur mencintaimu, dan
Sudikah kau terima aku apa adanya aku?

Andaikan aku bisa berpaling dari dirimu
Pasti aku sudah berlalu dan menjauh pergi
Namun itu tidak mungkin terjadi kerna
hati ini masih memilihmu walau harus tersakiti.


~artibsha~
pesanantanpasuara
14Januari2016