Rabu, 9 Disember 2015

Monolog Dengan Tuhan.

Aku berlari dalam gumpalan awan mendung
Kerna hujan seolah ingin menerpa laju
Aku usaha berjalan walau langkahku serong
Kerna tiap lorong penuh berliku
Sekadar ingin bertanya padaMU Tuhan
Masihkah ada sinar untuk tiap gelapku.

Aku letak percaya padaMU yang di atas
Aku pohon restu padaMU pemilik semesta
Membawa segala harapan dan doa yang tersirat
Jadikan rindu ini berbaloi untuk aku kenang
Biarkan perpisahan ini memberi ruang buatku
Mengenal cintaMU yang lebih berharga.

Dalam setiap munajatku pada sepertiga malam
Tiada doa yang lebih sempurna ingin aku minta
Tiada hajat yang lebih bermakna ingin aku dapatkan
Moga KAU sudi temukan kami kembali di lain waktu
Moga KAU sudi satukan kami semula di demensi yang baru.

Tuhan yang teragung
Tuhan yang teramat aku percayakan
Hanya denganMU aku menerima segala takdir
Hanya bersamaMU aku belajar memahami tiap ujian
Berharap KAU selalu sediakan aku kekuatan hati dan jiwa
Agar aku mampu melalui semuanya dengan tenang dan aman.

*Kalian akan selalu ada dalam doa dan ingatan.


~artibsha~
pesanantanpasuara
09December2015

Jumaat, 6 November 2015

Jangan Pergi!

Jangan pergi
Ku pohon pada kau agar jangan pergi
Meninggalkan aku sendiri disini
Kerna tak seharusnya kau begini
Kerna tak sepatutnya ini terjadi.

Jangan berdiam diri
Ku mohon pada kau untuk bertahan
Ungkapkan segala yang kau rasakan
Supaya aku lebih mengerti
Supaya aku dapat memahami.

Kau tidak harus mengunci hati
Di sini aku juga cuba untuk bertahan
Mencari makna segala perasaan
Walau kau masih acuhkan aku
Walau kau sering diamkan aku.

Bukan memaksa untuk kau kekal disisi
Cuma aku belum bersedia untuk kehilangan
Namun jika kau masih ingin pergi
Aku tidak akan memberi halangan
Kerna melihat kau bahagia sudah memberi aku kecukupan
Tapi tolong jangan pernah kembali

Kerna saat itu kau sudah menjadi kenangan. 


~artibsha~
pesanantanpasuara
06November2015

Ahad, 23 Ogos 2015

Suatu Yang Pernah!


lihat sana ,
lihat sini..

menanti sesuatu yang masih belum ku jumpai,
mana kamu sayang?
kenapa lama sangat sembunyi.
aku rindu,
aku mahu kamu..

boleh tak hati ini berhenti mencari,
kerana dia sudah pergi dan tak mungkin akan kembali lagi.......


#PesananTanpaSuara

Ahad, 9 Ogos 2015

Terlalu berkuasa!!

Ada satu benda ini yang sangat berkuasa.
sekali kau terjebak.
Kau susah nak lari darinya.

Benda ini akan buat kau hilang fokus hingga sentiasa rasa di awangan.
Benda ini akan buat telinga kau tuli dengan segala perkataan.
Benda ini akan buat kau hilang kawalan.
Dan benda ini juga akan buat kau jadi antara sangat baik atau sangat teruk.

Benda terlalu berkuasa ini.
Namanya CINTA.
Kuasanya tiada tandingannya.
Kalau kau tak percaya cuba sekali kau terjebakkan diri dengan benda ini.
Tika itu kau dah tiada cara untuk kembali...

Selamat mencuba dan mempelajari Kuasanya....

Tetap aku!

Pada mulanya kita bertemu,
Kamu yang memulakan detik segalanya.
Lalu ku mencurahkan rasa dengan berani hanya kerna dimataku jelas  kelihatan tulusnya rasa dari kamu.


Kita mula bertukar rasa seolah ku mengerti ianya cinta.
Namun kamu beri rasa yang berbeza dan ku salah mengertikannya.

Detik berlalu dan ku terusan bersama rasa cinta yang membara.
Tapi kebenaran masih belum jelas dek mata kasar.
Lalu dengan kuasa dariNya.
Semua terbentang depan mata.

Kamu..
Kamu..
Kamu..
Benar sudah memijak hatiku.
Hingga ianya benaran hancur lebur dek rasa yang dusta.

Segalanya kini sudah berakhir.
Kau tinggalkan ku tanpa sebarang rasa bersalah.
Dan ku masih disini.
Walau hati sudah terluka.
Tetap mahu merindui kamu.
Tetap mahu mengambil tahu tentang kamu.
Tetap mahu menunggu jika kamu masih mahu kembali.

Kerna bagi ku.
Sekali ku cinta.
Tetap ku cinta.



Rabu, 15 Julai 2015

Cinta Terindah.

Sehingga detik dan waktu ini,
Mungkin hanya Tuhan yang tahu,
Betapa kau masih ada dan akan selalu ada 
Dalam tiap hembusan nafas dan denyut nadi aku
Kerna sungguh aku mencintai kau 
Tulus sejak dari pertama kali kita bertentang mata.

Andai kau tahu
Apa yang paling aku mahukan
Apa yang selalu aku impikan
Mungkin kau tidak akan berlalu seperti itu
Menghancurkan tiap mimpi dan harapan
Meranapkan tiap rasa dan khayalan.

Dan untuk apa yang telah terjadi
Aku berharap moga kau lebih bahagia
Aku berdoa agar kau selalu tertawa
Kerna melihat kau bahagia sudah cukup beri aku tenang rasa
Kerna mendengar kau tertawa sudah beri aku tenang jiwa.



~artibsha~
pesanantanpasuara
15Julai2015

Khamis, 14 Mei 2015

Tentang Jodoh Yang Tertangguh.

Kehadapan sahabat terbaik aku,
Bagaimana aku mampu menyenangkan mu,
Saat kau masih memperdulikan tentang jodohku,
Saat kau masih menantikan jawapan terbaikku,
Sedang tiap soalan kau, aku masih tiada jawapan.

Kelmarin kau terusan bertanya,
Bila kau nak kawin?
Dan mungkin inilah jawapan terbaik aku,
Harap kau fahami,
Harap kau mengerti.

Insyaallah sahabat bila tuhan telah izinkan,
Aku memiliki seorang lelaki bernama suami.
Insyaallah kawan bila tuhan telah makbulkan,
Doa yang aku panjatkan dalam tiap solatku.
Insyaallah.
Kerna semuanya atas kehendak Dia,
Sang Khaliq pemilik abadi setiap dari kita.

Sedarkah kau bahawa,
Bertahun kau mengulang soalan.
Bertahun juga aku mengulang jawapan.
Sampai akhirnya kau sendiri bosan menerima fahamku.
Dan untuk kau tahu,
Memang ikutkan aku,
Bila-bila aku sudah sedia,
Eh mungkin sekarang juga.

Tapi takdir masih berkata berbeza.
Mungkin Allah belum percaya padaku,
Untuk menjadi seorang isteri,
Untuk bergelar seorang ibu.
Mungkin juga amalku belum cukup sebagai warisan,
Untuk dikongsi bersama suami,
Untuk diajari pada keturunanku.

Terakhir kali aku menjawab soalanmu,
Moga kau sudi mengerti,
Moga kau sudi memahami.
Aku lebih lelah saat kau terlalu peduli tentang jodohku,
Sedang aku telah redha atas jalan Allah untukku.
Aku tahu kau sayang dan mahu aku sentiasa bahagia.
Terima kasih sahabat,
Kau antara nikmat Allah yang aku selalu syukuri.

Doaku moga kau bahagia bersama cinta duniamu.
Moga2 kekal hingga surgaNya.
Terus doakan aku juga ya,
Moga jodoh yang tertangguh itu termilik akhirnya,
Amin.

 *Jodoh itu benar rahsia Allah SWT. 
   Kun fa ya kun

~artibsha~
pesanantanpasuara
14May2015

Jumaat, 24 April 2015

Masih Mengharapkanmu.

Disetiap hela nafas
Dibalik renungan mata menerjah
Aku ingin kau terus mengerti bahawa
Hidup ini hanya sekali dan takkan terganti
Tidakkah kau mahu memberi aku ruang
Dalam takdir cintamu untuk aku berkongsi dan memiliki
Kerna aku bersedia memasung cinta kita hingga aku mati
Dan sungguh tanpa kau disisi hidup tiada berarti.

Bukti apa yang mampu aku terjemahkan
Saksi apa yang mahu kau nyatakan
Untuk memberi jawapan tentang hati dan perasaan
Katakanlah wahai pemilik separuh hati
Agar aku tidak terusan dicurigai
Biar kau puas atas kenyataan yang ikhlas tanpa bohongan
Moga kau sudi temani aku hingga hujung waktu berakhir.

Bila aku telah berniat menjadikan kau bidadari dunia dan surga
Tiada mimpi dan harapan lain yang mahu aku bawa
Makanya, tolong tunjukkan bahawa hanya aku cinta terakhirmu
Kerna aku telah bersedia serahkan segalanya hingga akhir nafas
Kerna aku tidak ingin berpisah selagi tuhan tidak mengizinkan
Bantu aku dalam membina istana bahagia kita
Moga kau tidak menghindar agar aku tidak terus terluka derita.


*Kerna kau telah dengannya.

~artibsha~
pesanantanpasuara
24April2015








Selasa, 14 April 2015

Cinta Satukan Kita

Kau selalu terdiam sepi disitu,
Tidak sama seperti yang lain menyatu,
Tampak berbeza namun terasa dingin salju,
Seolah sudah takdir kau sebegitu,
Namun masih ada senyum dari bibirmu.

Kau ilham yang paling menyenangkan,
Antara ribuan yang pernah aku kenal,
Cara kau beri aku bahagia kekal,
Memberi tanggapan tentang mimpi
Dengan pandangan tersendiri,
Seolah bahagia hari ini perlu sentiasa disyukuri.

Aku mahu bersama kau sehingga mata tertutup,
Untuk terus belajar menghargai inci hidup,
Moga aku mampu beri yang terbaik,
Moga kita bisa bertahan walau akan ada duka,
Sekadar meraih rasa yang tercipta,
Berharap  cinta yang akan menyatukan kita.


~artibsha~
pesanantanpasuara
14April2015

Isnin, 13 April 2015

Pemuja Rahsia

Aku mulakan hariku dengan doa buatmu
Moga harimu dibahagiakan Tuhan,
Moga jasadmu diberi kesihatan,
Sebelum kau terus pergi tanpa kata,
Sebelum kau terus melangkah tanpa bicara.

Aku tidak pernah berharap,
Untuk kau membalas tiap inci rindu yang datang,
Untuk kau mengerti semua rasa yang bergadang,
Cuma aku inginkan atas pengertian ini,
Kemana pun kau melangkah,
Kau sedia memperlihatkan dalam hatimu,
Tentang aku yang selalu menjadi pemuja rahsia.

Begitu ramai teman telah menghiburkan aku,
Saat aku kecewa kau membuang jauh bunga pemberianku,
Saat aku hampa kau melontar sepi helaian surat cintaku,
Akhirnya aku sekadar menikmati indah dirimu dari sisi gelapku,
Dan aku sedar bahawa aku hanya menjadi pemuja rahsia.

Apa pun yang terjadi untuk semua ini,
Jangan pernah menghiraukan aku,
Jangan gusar kerna aku tetap mencintai,
Bertenang dan tersenyumlah selalu,
Kerna mungkin kau takkan pernah tahu
Betapa aku benar mengagumi,
Walau ia tidak pernah ditanggapi,
Namun akulah orang yang akan selalu memuja kamu.


~artibsha~
pesanantanpasuara
13April2015

Jumaat, 10 April 2015

Rindu PadaMu Ya Rabb.

Wahai Tuhanku yang ESA,
Aku tahu kau mengerti jiwaku,
Aku percaya kau faham inginku,
Saat dan detik yang terus bergulir,
Seiring berhias antara terang dan gelap,
Seirama berlagu antara duka dan tawa,
Berharap Kau tidak meninggalkan aku
melalui semuanya sendiri.

Wahai Tuhanku yang Penyayang,
Kau adalah pemilik hakiki hatiku,
Sesungguhnya aku rapuh tanpaMu,
Sesungguhnya aku lelah diabaikanMu,
Seakan digores bagai sebuah lukisan,
Seperti mimpi yang datang namun sepi,
Dalam tiap air mata ku persembahkan,
Agar Kau tidak terus biarkan aku 
mengemudi hidupku sesuka hati.

Wahai Tuhanku Yang Adil,
Moga Kau sentiasa menerima doa taubatku,
Moga Kau selalu memberi peringatan tentang khilafku,
Kerna aku akur seperti apa pun diriku,
Kau adalah penakluk abadi segala yang ada dariku,
Maafkanlah bila kadang hati benar tidak sempurna,
Saat melafazkan cinta padaMu,
Namun sampai hujung nafasku hanya Kau
yang bertahta tiada tuhan selainMu,
Ya Allah SWT.


*Saat hati tak sempurna mencintai, moga Allah SWT Menerima doa taubatku.Amin


~artibsha~
pesanantanpasuara
10April2015

Khamis, 9 April 2015

Takdir Hidupku

Untuk kau tahu,
Hati aku tidak pernah termiliki sebelumnya,
Jiwa aku tidak pernah percaya cinta sebetulnya,
Dan kau berjaya melakukan keajaiban itu,
Dan aku faham kau benar hadiah dari Tuhan.

Sekian kali aku berjanji,
Akan setia hingga nafas terakhir,
Akan jujur hingga maut memisahkan kita,
Kasih aku hanya untuk kau,
Sayang aku hanya dengan kau,
Takkan berubah selagi kau juga setia.

Sehingga detik ini berlalu,
Aku bersyukur atas hadir kau yang melengkapkan rusuk,
Moga perjalanan cinta kita terus diberkati,
Moga permulaan kisah kita menjadi inspirasi,
Tentang bagaimana aku bertahan hanya untuk kau
Cinta sejati dan terakhir aku.

Terima kasih kerana menerima aku,
Yang serba kurang atas semua perlakuan,
Berharap kau terus sudi melebihkan tiap yang kurang,
Hingga kita tua bersama dan aku tidak akan berhenti
berdoa moga jodoh kita benar kekal hingga syurgaNya.


~artibsha~
pesanantanpasuara
09April2015

Jumaat, 3 April 2015

Bila waktu telah berakhir...

Kadang-kadang apa yang kita mahu tidak sama apa yang Tuhan tetapkan.
kau harus belajar menerima walau berat hati menghadapi.

Kadang-kadang kita terlalu mencuba sesuatu yang kita tak pasti tanpa berserah diri PadaNya. Yang mana akhirnya kau sendiri mencari luka.

Kadang-kadang kesibukkan meraih bahagia dunia buat kita terlupa akan tujuan kita dihidupkan di dunia yang hanya sementara.

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa waktu itu semakin singkat. Dan bila-bila masa Tuhan bisa menarik semuanya...




Me and my broken heart!

Sekali lagi aku dihimpit rasa itu.
terkenang luka lalu yang berlaku kerana kamu.

Benar mereka bilang jatuh cinta itu mudah.
melupakan itu kerja yang payah.
Untuk berapa lama akan berjaya tidak dapat kau jangka.
kau fikirkan ianya sudah hilang.
tapi sesaat kau dihimpit kesunyian.
Ianya kembali bersarang.

Aku bingung rindukan seseorang yang telah merabakkan hati.
Untuk apa aku buang masa memikirkannya.
namun mahu hati terpaksa aku turuti
Sakit mengenang detik-detik pengakhiran kisah kita tak seperti yang aku harap.

Namun takdir Tuhan.
ini jalan ceritanya.
mahu tak mahu.
aku perlu gagahkan kaki melangkah ke masa depan.
walau kau sudah tiada disisi.
kerna perjuangan aku sudah selesai.
dan hati ku telah patah sepatahnya.
terima kasih kenangan.
terima kasih Pengalaman.
untuk kali keberapa kali.
aku dan patah hati bersama lagi...




Khamis, 2 April 2015

Dimanakan Ku Cari Ganti.

Aku telah lelah menangis,
Hingga tiada lagi air mata yang hadir,
Namun inilah suratan takdir
Yang sudah tertulis atasku,
Hanya tuhan tempatku berpegang,
Moga tidak dibiarkan sendiri
Melalui detik kehilangan yang nyata ini.

Aku berusaha untuk ketawa,
Aku berusaha untuk berdiri,
Dan aku akan terus berusaha
meneruskan tiap cita dan cinta,
Yang masih tersisa dari kau,
Berharap Allah membantuku,
Moga menjadi bekal amal kau dan aku.

Dimanakan ku cari ganti,
Serupa dan seiras dirimu,
Memang tidak akan lagi aku ketemu,
Walau hingga hujung dunia aku berlari,
Kerna hanya kau yang bertahta dihati,
Tak sanggup aku berpisah denganmu,
Namun kasih Tuhan lebih mendahului,
Aku sedang belajar redha dan redha lagi.

Jika kau tahu,
Alangkah pedih rasa hati aku,
Saat aku tahu kau telah pergi,
Saat aku tahu kau tidak akan kembali lagi,
Meninggalkan aku melalui semuanya sendiri,
Tiada lagi teman berkongsi tawa,
Tiada lagi teman berkongsi jiwa.

Kini hanya doa peneman setia,
Moga kau dibahagiakan Allah diatas sana,
Lelah dunia telah kau tinggalkan,
Derita manusia tak perlu lagi kau pedulikan,
Berehatlah sahabat,
Kau tidak akan pernah terganti hingga
aku pula dipanggil menghadap Ilahi,
Moga tuhan sudi temukan kita di syurga.


~artibsha~
pesanantanpasuara
02April2015


Selasa, 31 Mac 2015

Aku, Kamu Dan Tuhan Yang Tahu.

Aku sedar aku salah melakukan ini,
Mencintaimu seegois begini,
Walau kau kini tidak lagi disisi,
Aku takkan pernah peduli,
Kerna hati telah terlanjur jatuh untukmu.

Kadang aku terasa berdosa,
Kerna telah memasuki sebahagian hidupmu,
Hingga perasaan aku tidak lagi aman seperti dulu,
Hingga aku terlupa cara mencintai yang lainnya,
Lalu aku memilih untuk terus membiarkan
semuanya menjadi harapan dalam hati dan hidupku.

Kerna aku yakin ini jalan yang dipilih tuhan untuk kita,
Takdir  telah membawa kita agar dapat bersama
walau hanya sebentar cuma,
Ia telah membahagiakan seluruh hidup aku
mungkin hingga akhirat saat kita ditemukan semula.

Untuk detik ini,
Mungkin tiada seorang pun sudi mengerti,
Mungkin tiada seorang pun rela memahami,
Kerna ia tentang perasaan aku untuk kamu,
Aku percaya cuma aku, kamu dan Tuhan yang tahu.

Untuk terakhir kali aku ingin kau rasakan,
Segala perasaan aku terhadap kamu,
Segala ukiran cinta aku untuk kamu,
Segala butiran rindu aku buat kamu,
Adalah ikhlas tak minta dibalas,
Aku harap kau tahu,
Dan aku yakin  Tuhan juga tahu tentang itu.

~artibsha~
pesanantanpasuara
31Mac2015

Kesepian.

Aku mencari jasad kau,
Dimana kau menghilang,
Kemana kau berselindung,
Kau kata cuma pergi sebentar,
Tapi kenyataannya lama,
Terlalu lama hingga tiada lagi
susuk kau dihadapan aku,
Sedarkah kau aku kesepian sendiri.

Aku merayu atas nama cinta,
Aku merayu atas nama kasih,
Tolong jangan menyepi lagi,
Tolong jangan menjauh lagi,
Aku belum bersedia kau pergi,
Temankan aku tuk sebentar cuma,
Agar aku tidak kesepian sendiri.

Aku tidak mahu kau terus berjanji,
Aku takut kau terus membohongi,
Kerna katanya cuma pergi sebentar,
Kenyataannya kau benar pergi,
Pergi yang tidak akan kembali,
Jasad kita sudah berbeda dunia,
Andai kau sedar akhirnya aku benar
Kesepian sendiri.


*Mr Y : 
"J aku benar sayangkan kamu. Kamu itu wanita pertama yang ada dalam hati aku.Tapi kenyataannya kita terpisah oleh satu hal yang kamu sendiri tahu apakah itu. Aku cuma berdoa andai kamu benar sudah tiada jodoh lagi dan begitu pun aku moga kita selalu dijodohin ya, dan akhirnya kita benar berjodoh, amin."

*Ms J : 
"Ya kak, berharap akan sampai masanya tuhan menjawab setiap soalan-soalan kita. Aku juga sayang kamu."
               

*Untuk cinta mereka yang kini benar terpisah atas takdir Ilahi. Mr Y sudah diatas sana. Bertemu yang Abadi dan membawa sendiri cinta sejatinya pada Ms. J hingga detik nafas terakhir. Moga-moga tuhan temukan mereka diruang yang berbeda.

~artibsha~
pesanantanpasuara
31Mac2015

Rabu, 25 Mac 2015

Cinta Dalam Diam.

Bicara tentang perasaan
Sesungguhnya aku mahu memilikimu.
Namun takdir berjalan berbeda
Kau bukan Rama.
Aku bukan Sinta.

Andaikan aku bisa
Merubah semua rasa hati
Membuang pergi segala kenangan.
Tapi kenyataanya tak semudah yang disangka
Menghapuskan cintaku padamu
Seolah bernafas tanpa udara.

Biarkan cinta ini ku simpan
Sampai nafasku terhenti.
Hidup akan terus berjalan
Walau mungkin tanpa kamu disisi.

Bayangan dirimu kadang mendekat
Takkan pernah terlepas oleh waktu
Seperti ingin memeluk kamu
Kerna sungguh aku merindu.

Aku ingin bersama kamu
Walau untuk sebentar cuma
Sekadar melepas lelah atas penantian
Moga-moga tuhan beri jalan.

~artibsha~
pesanantanpasuara
25Mac2015

Selasa, 10 Februari 2015

Aku Pilih Setia.

Ini cara Tuhan membawakan aku cinta
Kau adalah salah satu antara mereka.
Tapi kenyataan yang harus kau terima,
Cinta aku sudah dimiliki.


Maaf kerna aku tak bisa memilihmu
Dan aku harus akhiri semuanya
Sebelum cinta kau semakin dalam
Sebelum hati kau semakin membenam
Walau aku sedar betapa tulus cinta kau dari dia.


Maaf kerna aku tak bisa bersamamu
Dan aku memilih untuk setia
Setelah kau berusaha untuk mengasihi
Setelah kau berusaha untuk memiliki
Namun tak mungkin untuk aku membagi cinta ini.


Berjuta taksiran akal aku cuba memahami
Tapi aku masih tidak mampu menipu hati 
Dan bila waktu aku masih sendiri
Pasti aku akan memilih kau,
Ya pasti.
Cuma untuk waktu yang sekarang
Aku pilih setia.


~artibsha~
pesanantanpasuara
10Februari2015

Isnin, 9 Februari 2015

Because I'm not even your second choice.

Hidup ni terlalu singkat untuk meratapi kekecewaan.
kerna itu hargai setiap peluang yang diberi.
walau perit untuk menghadapi.

Kebenaran depan mata.
penyelesaiannya hanya pada diri.
untuk terusan menerima dan akhirnya akan kecewa atau berganjak teruskan kehidupan tanpa luka yang menikam kalbu itu.

Kau harus sedar bahawa.
hidup ini satu perjalanan.
yang akan di hadirkan dengan cubaan dan dugaan.
terus tabah Menghadapi.
dan jangan rasa sunyi jika sendiri.
kerna kau tak akan mati jika bersendirian saat pengakhiran.  Kerna Tuhan itu sentiasa ada menemani...


Sabtu, 7 Februari 2015

Patah Hati

Kadangkala ada kebenaran yang lebih baik tidak diketahui.

Kadangkala ada perkara biar disedarkan dengan kebenaran dariNya.

Kerna kata-kata manusia itu sukar ditafsir. Hati manusia itu tak mampu dibaca. Tingkah laku manusia itu mampu dilakonkan dengan sempurna.

Cuma kebenaran yang Tuhan bentangkan depan mata adalah bukti untuk segala rasa keraguan yang terbit ddalam jiwa.

Dan bilanya ia benar berada depan mata. Di lihat dengan mata sendiri. kita jadi kelu. Untuk beraksi bagaimana. Harus menangis, maki hamun marah, gelak segilanya atau dengan tenang menerima.

aku masih belum dapat menerima. Tapi aku berjaya tenang berbicara. Tanpa maki hamun setiap kata dan tiada titisan air mata mengalir tanda kelemahan. cuma tenang. Nasihat dan masih berharap bahawa peluang kedua ini diguna pakai sebaiknya dia.

Kerna rasa cinta itu masih membara cuma kepercayaan itu sudah berentakkan berkecai hancur. Lalu aku tertanya. Apa nilainya rasa sayang jika kepercayaan itu sudah mati.

Dan aku temui jawapan. Aku masih percaya takdirNya. Yang maha mengetahui apa sebaiknya. Maka aku berserah Harap padaNya untuk menentukkan segala - galanya....

Selasa, 27 Januari 2015

Teruskan Ketawa.

Teruskan Ketawa.
Biar ada duka tersisip sepi.
Biar ada luka terlihat dingin.

Teruskan melangkah.
Walau hati kian lemah.
Walau jasad seakan rebah.

Kerna.
Tuhan masih ada.
Kerna.
Tuhan tahu semuanya.

Dia.
Pasti mengganti semuanya semula.
Mungkin sedikit berbeza tapi jelas membahagiakan.

Berdoalah.
Moga hari ini terlihat indah.
Cukup untuk kau dan aku yang rasa.
Kerna mereka belum tentu faham cara hidup kita.

Bertahanlah.
Tuhan.
Keluarga
Sahabat.
Aku.
Masih ada untuk kau


~artibsha~
pesanantanpasuara
27Januari2015

Khamis, 22 Januari 2015

Get Over It!

Disebabkan hidup ni takde button "Pause",
dan hanya akan "stop" bila Tuhan tarik nyawa kau.

lalu gunakan sikap pentingkan diri sendiri.
dan sifat teruk kau yang muncul bukan selalu itu.
sebagai peluang kau untuk memberontak.

macam aku buat sekarang!
lari .
dan terusan sembunyi.
mungkin tiada yang mencari.
tapi jujurnya.
dalam hati ini.
masih ada perasaan peduli dengan tanggungjawab sepatutnya.
tapi apa aku peduli lagi!

aku penat.
dan aku perlu rehat.
dari realiti dan fantasi.
aku mahu berada disamping mereka yang dibawah kakinya ,
masih punya harapan aku ke syurga.

Rabu, 7 Januari 2015

hanya Kerna Dia.

Hanya kerna dia,
tentang perasaan yang tidak terzahir,
tentang pendam rasa yang tidak terluah.

Hanya kerna dia,

Segala perasaan tidak lagi aku fahami,
Segala pendam rasa tidak lagi aku peduli.

Sekilas Khilafku,

Melupakan dia yang belum pernah termiliki,
Seandainya cinta ini benar tak pernah aku dapatkan,
Moga-moga tiada air mata yang tertumpah.

~artibsha~
pesanantanpasuara
07Januari2015