Jumaat, 24 April 2015

Masih Mengharapkanmu.

Disetiap hela nafas
Dibalik renungan mata menerjah
Aku ingin kau terus mengerti bahawa
Hidup ini hanya sekali dan takkan terganti
Tidakkah kau mahu memberi aku ruang
Dalam takdir cintamu untuk aku berkongsi dan memiliki
Kerna aku bersedia memasung cinta kita hingga aku mati
Dan sungguh tanpa kau disisi hidup tiada berarti.

Bukti apa yang mampu aku terjemahkan
Saksi apa yang mahu kau nyatakan
Untuk memberi jawapan tentang hati dan perasaan
Katakanlah wahai pemilik separuh hati
Agar aku tidak terusan dicurigai
Biar kau puas atas kenyataan yang ikhlas tanpa bohongan
Moga kau sudi temani aku hingga hujung waktu berakhir.

Bila aku telah berniat menjadikan kau bidadari dunia dan surga
Tiada mimpi dan harapan lain yang mahu aku bawa
Makanya, tolong tunjukkan bahawa hanya aku cinta terakhirmu
Kerna aku telah bersedia serahkan segalanya hingga akhir nafas
Kerna aku tidak ingin berpisah selagi tuhan tidak mengizinkan
Bantu aku dalam membina istana bahagia kita
Moga kau tidak menghindar agar aku tidak terus terluka derita.


*Kerna kau telah dengannya.

~artibsha~
pesanantanpasuara
24April2015








Selasa, 14 April 2015

Cinta Satukan Kita

Kau selalu terdiam sepi disitu,
Tidak sama seperti yang lain menyatu,
Tampak berbeza namun terasa dingin salju,
Seolah sudah takdir kau sebegitu,
Namun masih ada senyum dari bibirmu.

Kau ilham yang paling menyenangkan,
Antara ribuan yang pernah aku kenal,
Cara kau beri aku bahagia kekal,
Memberi tanggapan tentang mimpi
Dengan pandangan tersendiri,
Seolah bahagia hari ini perlu sentiasa disyukuri.

Aku mahu bersama kau sehingga mata tertutup,
Untuk terus belajar menghargai inci hidup,
Moga aku mampu beri yang terbaik,
Moga kita bisa bertahan walau akan ada duka,
Sekadar meraih rasa yang tercipta,
Berharap  cinta yang akan menyatukan kita.


~artibsha~
pesanantanpasuara
14April2015

Isnin, 13 April 2015

Pemuja Rahsia

Aku mulakan hariku dengan doa buatmu
Moga harimu dibahagiakan Tuhan,
Moga jasadmu diberi kesihatan,
Sebelum kau terus pergi tanpa kata,
Sebelum kau terus melangkah tanpa bicara.

Aku tidak pernah berharap,
Untuk kau membalas tiap inci rindu yang datang,
Untuk kau mengerti semua rasa yang bergadang,
Cuma aku inginkan atas pengertian ini,
Kemana pun kau melangkah,
Kau sedia memperlihatkan dalam hatimu,
Tentang aku yang selalu menjadi pemuja rahsia.

Begitu ramai teman telah menghiburkan aku,
Saat aku kecewa kau membuang jauh bunga pemberianku,
Saat aku hampa kau melontar sepi helaian surat cintaku,
Akhirnya aku sekadar menikmati indah dirimu dari sisi gelapku,
Dan aku sedar bahawa aku hanya menjadi pemuja rahsia.

Apa pun yang terjadi untuk semua ini,
Jangan pernah menghiraukan aku,
Jangan gusar kerna aku tetap mencintai,
Bertenang dan tersenyumlah selalu,
Kerna mungkin kau takkan pernah tahu
Betapa aku benar mengagumi,
Walau ia tidak pernah ditanggapi,
Namun akulah orang yang akan selalu memuja kamu.


~artibsha~
pesanantanpasuara
13April2015

Jumaat, 10 April 2015

Rindu PadaMu Ya Rabb.

Wahai Tuhanku yang ESA,
Aku tahu kau mengerti jiwaku,
Aku percaya kau faham inginku,
Saat dan detik yang terus bergulir,
Seiring berhias antara terang dan gelap,
Seirama berlagu antara duka dan tawa,
Berharap Kau tidak meninggalkan aku
melalui semuanya sendiri.

Wahai Tuhanku yang Penyayang,
Kau adalah pemilik hakiki hatiku,
Sesungguhnya aku rapuh tanpaMu,
Sesungguhnya aku lelah diabaikanMu,
Seakan digores bagai sebuah lukisan,
Seperti mimpi yang datang namun sepi,
Dalam tiap air mata ku persembahkan,
Agar Kau tidak terus biarkan aku 
mengemudi hidupku sesuka hati.

Wahai Tuhanku Yang Adil,
Moga Kau sentiasa menerima doa taubatku,
Moga Kau selalu memberi peringatan tentang khilafku,
Kerna aku akur seperti apa pun diriku,
Kau adalah penakluk abadi segala yang ada dariku,
Maafkanlah bila kadang hati benar tidak sempurna,
Saat melafazkan cinta padaMu,
Namun sampai hujung nafasku hanya Kau
yang bertahta tiada tuhan selainMu,
Ya Allah SWT.


*Saat hati tak sempurna mencintai, moga Allah SWT Menerima doa taubatku.Amin


~artibsha~
pesanantanpasuara
10April2015

Khamis, 9 April 2015

Takdir Hidupku

Untuk kau tahu,
Hati aku tidak pernah termiliki sebelumnya,
Jiwa aku tidak pernah percaya cinta sebetulnya,
Dan kau berjaya melakukan keajaiban itu,
Dan aku faham kau benar hadiah dari Tuhan.

Sekian kali aku berjanji,
Akan setia hingga nafas terakhir,
Akan jujur hingga maut memisahkan kita,
Kasih aku hanya untuk kau,
Sayang aku hanya dengan kau,
Takkan berubah selagi kau juga setia.

Sehingga detik ini berlalu,
Aku bersyukur atas hadir kau yang melengkapkan rusuk,
Moga perjalanan cinta kita terus diberkati,
Moga permulaan kisah kita menjadi inspirasi,
Tentang bagaimana aku bertahan hanya untuk kau
Cinta sejati dan terakhir aku.

Terima kasih kerana menerima aku,
Yang serba kurang atas semua perlakuan,
Berharap kau terus sudi melebihkan tiap yang kurang,
Hingga kita tua bersama dan aku tidak akan berhenti
berdoa moga jodoh kita benar kekal hingga syurgaNya.


~artibsha~
pesanantanpasuara
09April2015

Jumaat, 3 April 2015

Bila waktu telah berakhir...

Kadang-kadang apa yang kita mahu tidak sama apa yang Tuhan tetapkan.
kau harus belajar menerima walau berat hati menghadapi.

Kadang-kadang kita terlalu mencuba sesuatu yang kita tak pasti tanpa berserah diri PadaNya. Yang mana akhirnya kau sendiri mencari luka.

Kadang-kadang kesibukkan meraih bahagia dunia buat kita terlupa akan tujuan kita dihidupkan di dunia yang hanya sementara.

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa waktu itu semakin singkat. Dan bila-bila masa Tuhan bisa menarik semuanya...




Me and my broken heart!

Sekali lagi aku dihimpit rasa itu.
terkenang luka lalu yang berlaku kerana kamu.

Benar mereka bilang jatuh cinta itu mudah.
melupakan itu kerja yang payah.
Untuk berapa lama akan berjaya tidak dapat kau jangka.
kau fikirkan ianya sudah hilang.
tapi sesaat kau dihimpit kesunyian.
Ianya kembali bersarang.

Aku bingung rindukan seseorang yang telah merabakkan hati.
Untuk apa aku buang masa memikirkannya.
namun mahu hati terpaksa aku turuti
Sakit mengenang detik-detik pengakhiran kisah kita tak seperti yang aku harap.

Namun takdir Tuhan.
ini jalan ceritanya.
mahu tak mahu.
aku perlu gagahkan kaki melangkah ke masa depan.
walau kau sudah tiada disisi.
kerna perjuangan aku sudah selesai.
dan hati ku telah patah sepatahnya.
terima kasih kenangan.
terima kasih Pengalaman.
untuk kali keberapa kali.
aku dan patah hati bersama lagi...




Khamis, 2 April 2015

Dimanakan Ku Cari Ganti.

Aku telah lelah menangis,
Hingga tiada lagi air mata yang hadir,
Namun inilah suratan takdir
Yang sudah tertulis atasku,
Hanya tuhan tempatku berpegang,
Moga tidak dibiarkan sendiri
Melalui detik kehilangan yang nyata ini.

Aku berusaha untuk ketawa,
Aku berusaha untuk berdiri,
Dan aku akan terus berusaha
meneruskan tiap cita dan cinta,
Yang masih tersisa dari kau,
Berharap Allah membantuku,
Moga menjadi bekal amal kau dan aku.

Dimanakan ku cari ganti,
Serupa dan seiras dirimu,
Memang tidak akan lagi aku ketemu,
Walau hingga hujung dunia aku berlari,
Kerna hanya kau yang bertahta dihati,
Tak sanggup aku berpisah denganmu,
Namun kasih Tuhan lebih mendahului,
Aku sedang belajar redha dan redha lagi.

Jika kau tahu,
Alangkah pedih rasa hati aku,
Saat aku tahu kau telah pergi,
Saat aku tahu kau tidak akan kembali lagi,
Meninggalkan aku melalui semuanya sendiri,
Tiada lagi teman berkongsi tawa,
Tiada lagi teman berkongsi jiwa.

Kini hanya doa peneman setia,
Moga kau dibahagiakan Allah diatas sana,
Lelah dunia telah kau tinggalkan,
Derita manusia tak perlu lagi kau pedulikan,
Berehatlah sahabat,
Kau tidak akan pernah terganti hingga
aku pula dipanggil menghadap Ilahi,
Moga tuhan sudi temukan kita di syurga.


~artibsha~
pesanantanpasuara
02April2015