Isnin, 18 Disember 2017

Untuk Kau Tahu.

Untuk kau tahu.
Aku masih menantimu dengan sabar.
Aku masih meletakkan harapan atas tiap doa dengan redha.
Aku masih setia bermimpikan kita.

Untuk kau tahu.
Kau tiada ganti walau beribu yang sudi.
Kau yang selalu dihati walau ada yang menyeri.
Kau tidak terkecuali walau ruang telah dipenuhi.

Yang kejauhan disana.
Untuk kau tahu.
Aku selalu merindu!


artibsha.
18.Dec.17'

Selasa, 3 Januari 2017

Ikhlas Jiwa

Ikhlas Jiwa,
Bukan percakapan yang harus dilontarkan.
Bukan perbuatan yang mesti dibuktikan.
Ia keabadian dari jiwa yang terdalam.
Ia kebenaran dari hati yang tersuci.

Kerna kepupusan keharmonian sedang terjadi.
Semakin sedikit yang memiliki jiwa-jiwa keikhlasan.
Semakin tiada yang memiliki hati-hati kebaikan.
Dunia terus derita kerna kerakusan segala penghuninya.

Kembalilah wahai penghuni yang berakal.
Rebut semula segala kebaikan.
Kejar semula segala kebahagiaan.
Pikat semula segala ketenteraman.
Guna semula segala ikhlas kejiwaan.
Bahagia harus milik kita.
ketawa mesti untuk kita.

#Senandung jiwa yang lara.

artibsha.
03.Jan.17'