Isnin, 30 September 2013

Pengalaman ...



Belum hadapi .
sudah kecut perut memikikannya..


moga-moga Tuhan permudahkan segalanya.
kalau ini rezeki dari Ilahi .
kita cuba sedaya upaya.

Dia mengetahui apa yang terbaik buat kita .
Jadi jangan tolak apa yang diberi .
cuba dan cuba ...

Selamat maju jaya :)

Jumaat, 27 September 2013

Puisi KITA.

Aku rasa derita dalam kau.
hina yang kau terima, perit.
caci yang kau dapat, ngilu.
aib yang kau beroleh, pedih.

Aku rasa sengsara jiwa kau.
tanpa kawan kau sepi.
tanpa teman kau sunyi.
tanpa sahabat kau sendiri.

Aku,
diizinkan berwicara sebentar.
Untuk kau acuh,
Kau tidak pernah solo.
wujud Tuhan yang Maha kasih.
punya keluarga yang sedia sayang.
tampil aku yang selalu setia.

Kau harus bangkit,
dari derita semalam.
dari kecewa kelmarin.
dari sakit dahulunya.

Kau mesti bungkas,
gagah laksana pendekar.
berani laksana pejuang.
kukuh laksana superhero.

Aku,
ingin kau seperti hari itu.
Senyum dengan ikhlas
tawa  penuh girang.
Bantu aku,
pulangkan kau yang lepas

agar aku punya cinta lagi.

Khamis, 26 September 2013

Aku Tenggelam.

Aku Tenggelam.
tiada siapa peduli.
tiada siapa ketahui.
tiada siapa mengerti.

Aku Tenggelam.
nafas tidak lagi teratur.
jasad kian kaku.
mata mula kabur.

Aku Tenggelam.
tapi mereka tidak mahu membantu.
lalu mereka biarkan aku terus terkapai mencari jalan untuk bernafas.
sedangkan mereka tahu aku perlukan pertolongan.


Mereka jalang yang berselindung disebalik senyuman.



~artibsha~
26september2013

Tanpa Tajuk #3



Hanya mahu bicara tentang cinta,
apa itu Cinta?
bagaimana rasa dicintai?
siapa yang harus dicintai?

kalau dibilang sama aku.
jawapannya sepi.
aku tak tahu apa itu cinta.
aku tak tahu bagaimana rasa cinta.
dan siapa yang harus aku cinta.

bila fikirkan tentang ini.
hanya bikin serabut kepala.
selagi aku punya DIA.
biar aku sandarkan segala rasa cinta hanya pada DIA.
yang sentiasa ada setiap masa...


Rabu, 25 September 2013

Hidup Tanpa Kau.

Hari ini aku mahu tukar tajuk.
Hari ini aku cuba alih rasa.
Hari ini aku ingin ubah segala.
Hari ini aku akan buang semuanya.

Jangan datang lagi, aku tak ingin peduli.
Sakit yang aku ada, kau takkan pernah rasa.
Biar ini menjadi yang pertama semula.
Aku mahu semuanya baru tanpa kau dalam aku.


~artibsha~
25september2013

Selasa, 24 September 2013

Rahsia Tuhan

Rahsia tuhan,
hanya Dia tahu
cuma Dia mengerti
semata Dia fahami.
Tentang,
perihal wujud manusia
bagaimana wujud dunia
kondisi wujud yang lainnya.

Rahsia tuhan,
datang hari kebangkitan
tertulis hisab amalan
ada detik penghitungan.
Kerna itu, 
dibalik rahsia kejadian
masih ada, KasihNya yang tersua
bersama  RahmatNya yang abadi.

Doa buat pencipta
moga amal diterima
moga dosa terampun
moga lindunganMu diberi.


*Rahsia tuhan kekal rahsia.
  Ia hanya antara DIA.




~artibsha~
24september2013

Isnin, 23 September 2013

MALAM!


- Bulan purnama ,
  bercahaya indah di langit gelap.
  sendirian aku serabut,
  sembunyi dalam kamar kecil,
  memendam rasa yang merumitkan,
  dan tiada jawapan ditemukan..

- Bintang hilang,
  tanpa tinggalkan kesan,
  hati terluka,
  diubat kesedihan,
  kalau cinta itu merimaskan,
  lebih baik ku capai cita-cita yang didambarkan..
 dari menghitung kenangan yang menyakitkan.

Tanpa Tajuk #2


Sendiri,
Sepi,
Sunyi...

Namun itu bukan pengakhiran segala rasa,
aku masih ada DIA,
yang sentiasa ada setiap masa.

tiada yang layak ku minta,
kekuatan,
ketabahan,
kecekalan,
hanya DIA.

Tuhan,
aku manusia lemah,
yang sentiasa bergantung harap PadaMu.

Tanpa Tajuk #1


Aku tak membenci,
cuma mahu menyendiri,

Aku tak lari,
cuma mahu sembunyi,

Aku tak menangis,
cuma mahu tenangkan hati..

Ada kamu aku sakit,
tanpa kamu aku bahagia,

maka kamu tahu tindakan kamu apa?

Jiwa KACAU..

Tiada yang mampu pulihkan ssmangat ini.
Kalau bukan aku sendiri.
Mereka hanya menyokong.
Dan tak pernah berhenti menyokong.

Namun Sekarang.
Aku keliru.
Cita-cita aku dah celaru.
Aku tahu Tuhan sedang menguji.
Dan aku harus kuat, tabah Dan tetap cekal.
Jalan penyelesaian Ada!
Sabar !
Moga Ku tetap kuat dengan diri sendiri.

Selamat Pagi Cinta.

Selamat pagi cinta.
aku rindu senyum kau.
aku rindu wajah kau.
aku rindu suara kau.

Selamat pagi cinta.
hari ini kita ketemu semula.
hari ini kita bercanda bersama.
hari ini kita tawa gembira.

Selamat pagi cinta.
walau rasa ini termilik hanya dalam hati.
aku masih bahagia kerna kau
melekat dengan segala keindahan cinta dunia.


~artibsha~
23september2013

Jumaat, 20 September 2013

Cerekarama Aku.

Kelmarin aku diuji tuhan
tunggal tiada teman
sendiri tidak dibantu
sepi tanpa kekuatan.

Kelmarin aku dipeduli tuhan
dan aku tahu
Dia ada untuk aku
dan aku faham
Dia sedia bantu aku
lalu aku mengerti
Dia punca segala kekuatan. 

Kelmarin aku dikasih tuhan
ujian itu sayang tak terlafaz
ujian itu cinta misteri tak terungkai
ujian itu anugerah tak terungkap.

Terima kaseh tuhan
kasehMu buat aku

sempurna bahagia.

Maaf Aku Cinta Kau.

Maaf aku cinta kau
sejak kita kenal Alif, Ba, Ta
sejak kita kira 1,2,3
sejak kita sama baca.

Maaf aku cinta kau
ikhlas tak minta balas
jujur tak minta faham
benar tak minta percaya.

Maaf aku cinta kau
untuk apa adanya
untuk bila mulanya
untuk mana hujungya.

Sekian kali aku titah
aku cinta kau hingga
hujung jalan hidup aku.
Akhir kali aku bicara
aku sedia hindar demi
dia yang ada dalam hati kau.



**Bahagia hingga nafas berhenti.

Cinta.

Cinta sebenar
dicipta untuk mereka yang masih berharap 
walau pernah diluka,
buat mereka yang masih ikhtikad 
walau telah dikhianat,
kepada mereka yang masih palar 
walau sudah dikecewa.

Untuk itu.

Cinta teragung
tercipta bukan untuk
terkandas tanpa rasa,
ia hanya milik dia
yang masih tegar dan bagak
dalam membangkitkan
semula satu kepercayaan.

Dengan itu.

Cinta sejati
mencipta molek rasa
dalam alur sendi jiwa,
beralun kasih penuh ikhlas,
berarak asmara sarat tulus,

bertiup sayang padat jujur.


~artibsha~
20september2013

Untuk Kau.

Untuk kau
indah senyum,
aku terima ikhlas.
cantik tawa,
aku benar bahagia.
redup alis mata kau
beri aku tenang jiwa
terima kasih.

Untuk kau
bahasa aku remuk
bicara aku selerak
tangis aku celaru
harap kau sudi
kerna itu cara aku hidup
terima kasih.

Untuk kau
tunjukkan aku benar jalan
biar bahasa aku utuh
biar bicara aku kemas
biar tangis aku teratur
aku sedia selagi kau bahagia

terima kasih.


~artibsha~
20september2013

Rindu Dan Mahu Kau.

Aku rindu kau yang kelmarin.
Yang sepertinya kasihkan aku
dengan cara paling bersahaja.
Yang sepertinya sayangkan aku
dengan gaya paling membahagia.

Aku mahu kau yang semalam.
Yang melayani aku penuh sopan.
Yang merenungi aku penuh kegairahan.
Yang melewati aku penuh kecintaan.

Mana hilang kau yang aku rindu.
Mana pergi kau yang aku mahu.
Boleh tolong aku?
Kembalikan kau yang asal dulu,
Sebab aku..
Benar rindu.
Benar Mahu.

*Aku rindu dan mahu kau setengah mati,
harap kau segera kembali kerna aku sunyi sendiri.


~artibsha~
20september2013

Khamis, 19 September 2013

Kisah Dia. #Bahagian Satu.

Tadi pagi aku selisih dengan teman yang aku jarang bertegur sapa. Mungkin aku dan dia beza cara jadinya kami salah nilai. Tapi tadi aku lihat matanya tidak serancak semalam atau kelmarin dulu. Aku gagahkan lidah mulakan bicara.

Aku : Hi, awal sampai? (senyum)

Dia : Ah, jalan tak jem tadi. (tunduk)

Aku : Oh, dah sarapan? (masih senyum)

Dia : Belum, kejap lagi. (pandang aku sekali dan tunduk semula)

Memang jenis suka bertanya sedang tahu akibat, aku sambung bual.

Aku: Apahal muka macam kalah judi? masalah?(sambil gelak kecil sekadar rancakkan suasana)

Dia: Tak de ape lah. Ade hal sikit. (tangan seluk kocek amik malboro, hidup api)

Aku: Cerita? aku ok. Mana tahu boleh tolong.

Dia: Emm..mak aku call semalam mintak lima ratus nak bayar hutang kutu. Aku pening mana nak rembat duit, poket tengah rabak bulan nih. Tak bagi aku takut dia kecik hati, tapi aku tak ada sen nak hulur. Parah.

Aku: Orait, rileks. Masalah boleh settle. Petang kang jumpa aku kat sini.(tepuk bahu dia sambil senyum)

Dia: Kenapa?

Aku: Aku pinjamkan kau lima ratus.

Dia: Eh, senang kau bagi pinjam. Tak takut aku tipu kau? lima ratus beb bukan lima posen. (sambil tengok aku dengan senyum lirik)

Aku: Aku ok selagi boleh buat mak kau gembira. Lagipun aku percaya kau.(gelak kecil)

Dia: Kenapa kau peduli tentang mak aku?

Aku: Sebab pada aku mak itu harus dihargai walau apa cara. Aku dah takde mak jadi selayaknya aku mengasihi bunda yang lainnya agar mereka terus bahagia.

Dia: Maaf. Aku salah sangka pada kau selama ni. Kawan?(hulur tangan)

Aku: Ok. Takpe aku dah biasa. Jom sarap?

Dia: Jom. Aku belanja kau eh. (tarik tangan aku terus ke coffee street)

Sambil duduk dia tak habis ucap terima kasih. Dia pelawa jumpa mak dia, tapi aku gurau kata takut nanti mak dia berkenan buat menantu payah. Dan yang seterusnya hanya bunyi derap kasut yang kedengaran. Kami senyap, menikmati kopi susu dan terus membisu.

*Kisah dua akan ada. Nanti.


~artibsha~
19september2013

Rabu, 18 September 2013

Selamat Pulang.

Selamat pulang untuk kau yang aku kasih.
Moga perjalanan itu dimudahkan tuhan.
walau hari ini kita tidak bertegur seperti selalunya,
kau tetap beri aku bahagia.

Selamat pulang untuk kau yang aku kenang.
hari ini kita lalui seadanya.
detik tadi kita nikmati tanpa rasa.
maaf jika ego aku beri kesan pada hati kau.

Selamat pulang untuk kau yang aku suka.
aku mahu kau fahami bicara tanpa suara.
aku mahu kau mengerti rindu dalam jiwa.
aku ingin tatap alis kau tadi tapi takut kau tak sudi.


*aku terkesan dengan lagak kau yang seakan bersahaja.
moga esok datang beri makna lain untuk kita.
sebenarnya ego kita sama!!



~artibsha~
18september2013

Dalam Hati Punya Taman.

Kata aku dalam hati kau punya taman.
mahu petik bunganya ada cara.
mahu lihat indahnya ada tertib.
mahu nikmati cantiknya ada syarat.

Kata aku dalam hati kau punya taman.
harus dibaja takut layu.
harus disemai takut mati.
harus dijaga takut rosak.

Kata aku dalam hati kau punya taman.
kau balas aku dengan senyuman.
kau setuju aku dengan alis kebenaran.
kau iakan aku dengan gerak sopan.

Untuk kau yang aku kenang.
taman dalam hati kau buat aku tenang.
terima kasih.


~artibsha~
18september2013

Selasa, 17 September 2013

Selamat Sihat!

Selamat Sihat!
dia yang aku kenal
dia yang aku sayang
dia yang aku suka.

Selamat Sihat!
moga esok kau datang dengan tawa
moga esok kau bertubuh seperti biasa
moga esok kau sihat seperti selalunya.

Selamat Sihat!
ini doa aku untuk kau
ini ingin aku buat kau
ini harap aku pada kau
kerna kau beri aku senyum walau bukan untuk tiap harinya.

ucapan kau tadi bahagiakan aku untuk hari ini.
terima kasih.
Selamat Sembuh!!!


~artibsha~
17september2013

Rindu Tidak Berbalas

Aku rindu dia
seperti tahun-tahun dulunya
seperti detik-detik sebelumnya
seperti saat-saat kelmarinnya.

Aku rindu dia
sama tak berubah
serupa tak berbeza
setia tak kelainnya.

Aku rindu dia
tolong bintang sampaikan pesan
kerna rindu berabad ini tidak berbalas.


*Untuk cinta yang ada dalam aku sejak darjah satu.



~artibsha~
17september2013

Jumaat, 13 September 2013

Hati Ingin Berbicara.

Hati ingin berbicara.
tentang hidup.
tentang cinta.
tentang yang lainnya.

Hati ingin berbicara.
tiada siapa peduli.
tiada siapa mengerti.
tiada siapa fahami.

Dan hati nekad. bicara itu tidak harus terjadi.
takut terluka. derita.
takut kecewa. berduka.
takut salah sangka. merana.


~artibsha~
13september2013




Khamis, 12 September 2013

Kisah hari ini.

Kalut datang. Samar.
Jiwa resah. Singgah.
Aku terkesima. Hilang arah.
Dia berirama. Punca segala.
dan kerna itu dia jadikan hari aku sempurna bahagia.

terima kasih teman gelap.
beri ruang aku bahagia.


~artibsha~
12september2013

Selasa, 10 September 2013

Tanpa Tajuk.

tuhan sedang berbicara dengan aku.
tuhan mahu aku kenal SABAR & IKHLAS.
tuhan beri jalan untuk aku rasa itu.

tuhan.
kau kasehkan aku dengan ujian
kau sayangkan aku dengan  musibah
kau bahagiakan aku dengan kelukaan.
moga aku belajar menjadi sabar.
moga aku lalui dengan ikhlas.

tuhan.
buruk sangka aku tak pernah Kau peduli.
cacian hina aku tak pernah Kau peduli.
kebencian aku tak pernah Kau peduli.
untuk Kau,
aku tetap hamba perlu dikaseh
aku tetap hamba perlu disayang
aku tetap hamba perlu dibahagiakan.

tuhan
bagaimana cara aku harus ucap syukur
bagaimana cara harus aku tunjuk setia
bagaimana cara harus aku beri gembira.

tuhan
terima kasih atas nikmat
terima kasih atas perhatian
terima kasih atas cinta.
sesungguhnya aku bahagia dengan cara Kau berbicara


~artibsha!
10september2013

Untuk Kau yang tak termilik.

Untuk Kau yang tak termilik.
satu rasa dalam aku. satu kata dalam aku. satu irama dalam aku.

"Cinta itu harus termilik oleh kau".

Untuk Kau yang tak termilik.
apa yang tinggal dalam kisah itu hanya kau.

punya aku sudah dimiliki.

noktah titik.

~artibsha~
10september2013

Tentang Kau Yang Aku Peduli

Kau merayap singgah dalam nadi aku
walau untuk tiap kalinya aku cuba singkir,
kau masih ada pegun dalam hati.

Kau mahu aku berkehendak apa lagi
pinggir kau yang ada dalam aku?
jauhi kau yang punya dalam aku?
buang kau yang sebati dalam aku?

Kau buat aku mengerti hal lainya
setia itu wajib kalau hati dah sayang.
jujur itu perlu untuk kekal rasa setia.
tenang jiwa itu harus agar jujur itu benar ikhlas.

Dan hari ini
bukti segala cinta aku untuk kau
aku masih sendiri tiada dua
aku tetap berdiri dengan nama kau antara aku
aku terus bertahan kerna untuk aku hanya
Kau yang aku peduli.


~artibsha~
10september2013

Isnin, 9 September 2013

Bila...


Jika di tanya tentang rasa,
semua terus tuju ke hati.
yang mana sering mempermainkan diri sendiri..

Jika di bilang pada akal.
apa mahu diri ini.
jawapannya sering bikin kekeliruan.



Selasa, 3 September 2013

Kembali ....



Kau pergi,
tinggalkan aku tanpa pamitan ,
lama aku tunggu,
lama aku nanti ..
kau masih belum kembali ..

Kau sering aku mimpi ,
masih tiada jawapan .
sedih aku begini,
geram aku sendiri,
kau masih belum kembali ..

semalam ,
sedang aku dibuai kesepian,
engkau datang ,
engkau kembali ..
aku terdiam tanpa kata.

mahu dimaki,
aku masih punya hati sama kau,
mahu ditangis.
aku sudah kehabisan air mata.
jadi aku diam,
aku kenang.
apa ini jodoh Tuhan?
walau jauh mana kau pergi,
kau tetap pilih untuk kembali.
atau hati ini memang sering dipelakukan begini oleh engkau...?