Sabtu, 8 Jun 2013

Ikhlas dari Aku , untuk Kau ...

untuk kau...
senyum itu indah bila ikhlas...
tawa itu cantek andai bahagia...
redup alis mata  kau beri aku tenang jiwa...
terima kasih...

untuk kau...
bahasa aku remuk...
bicara aku selerak...
tangis aku celaru...
harap kau masih terima...
kerna itu cara aku hidup...
terima kasih...

untuk kau...
tunjukkan aku benar untuk tiap jalan...
biar bahasa aku utuh...
biar bicara aku kemas...
biar tangis aku teratur...
aku sedia asal kau bahagia...
terima kasih..

artibsha*18/2/13

Persetankan!


kenapa dia begitu ? 
tengok dia seseorang je ? 
apa dia pakai tuh ? 
siapa boyfriend yang jalan dengan dia itu ? 
kesian kan dia forever alone !
busuk lah bau dia ni ! 
dia ni kuat makan lah kan ? 
muka cantik tapi gedik !

jadi puas berkata sesuka hati kamu semua ? 
bukan tuju untuk aku . tapi untuk kita semua makhluk tuhan ini . 
aku pun tak lari berkata sesuka sedap mulut ku ini . 
arhhh ! 
susah kan begini  .. 
ada mulut tapi tak di jaga sebaiknyaaa . 

jadi jangan salahkan aku saja . 
jangan salahkan diri kamu saja . 
ini salah kita-kita semua . 
yang hidup hanya mahu mengkritik . 
sesiapa yang kita tak suka . 
cemburu dalam diri terlalu meninggi.. 
apa kata cuba latih diri .. 
menerima segalanya dengan ikhlas hati . 
pupuk sikap mahmudah dalam diri . 

biarkan dia begitu , 
cara kita semua berbezaa. 
minda kita tak akan sama . 
jadi ... 

fikir diri itu berada di dalam diri orang yang kita kata begitu . 
pasti sakit hati bukan . 
jadi kita semua manusia yang sama . 
cuma dilahirkan berbeza-beza cara , budaya dan gaya . 
mohon terima orang keliling kita seadaanyaaaa. ... 


"Pesan diri , pesan hati , pesan untuk semua agar hidup lebih bahagia di kemudian hari" ... 

Tanda tanya?

Musim itu berlalu polos
purnama menjenguk aku
dengan janggal dan penuh hairan
jutaan debu jalanan seolahnya
menerjah jasad dengan pandangan jijik
asap kepul silih berganti
mencubit, menikam dan menendang
aku dengan bengis.

Salah apa aku?

detik melangkah sewajarnya
desiran gitar gersang diselingi
tangisan misteri sayup terbiar layu
Aku melihat jiwa-jiwa polos berlari rakus
mengejar sibuk kota yang merangkak  
malas di lampu merah itu
Dan lampu merah itu
yang aku tempuh setiap paginya
masih setia menatapku bak  
mata iblis sedia membaham.

Mana salah aku?

Aku cuba menerpa
raut wajah yang penuh rona dan
penuh tanda soal tanpa manifestasi harapan
Aku cuba meneka harkat untaian bibir
sepertinya berbahasa sesuatu
yang tak pernah aku fahami
Aku cuba meramal langkah
yang belum aku tahu  
punya tujuan.

 Adakah itu salah aku?

Alis tidak lagi mampu merembeskan air mata
Hidung  tidak lagi berkuasa menghidu aura kedamaian
Tangan tidak lagi berdaya mengenggam isi kebenaran
Bibir dan lidah tidak lagi bisa bersuara memihak keadilan
Kaki tidak lagi hebat berjalan menuju rasa kewarasan.

tanda tanya?

Maghrib itu tiba tepat
waktu seperti selalunya
Aku kembali bertakafur
tanpa kudrat untuk berfikir
Aku biarkan alam itu
bermonolog sepi sendiri tanpa teman
Dan aku benarkan mata terlelap
tanpa bisa lagi bermimpi tentang apa pun
terbiar kosong terus dengan tanda tanya.

~artibsha256~
29/03/2013

Mencari ....


lihat sana ,
lihat sini..

menanti sesuatu yang masih belum ku jumpai,
mana kamu sayang?
kenapa lama sangat sembunyi.
aku rindu,
aku mahu kamu..

boleh tak hati ini berhenti mencari,
kerana dia sudah pergi dan tak mungkin akan kembali lagi.......

Sandiwara Manusia Hitam..

Diantara semangat api yang menyala segala amarah
diantara dinginnya ais yang membekukan tiap kebenaran
tersisip hikayat dari
sejarah lagenda
menghiris luka sebuah
negara yang sedang terderita.

Susuk pemuda yang terlihat
wajah bersandiwara
jasad pemudi yang nyenyak bertopeng cerita dogengan
abai sumpah setia
abai janji termatri
abai jatidiri
abai harga diri
abai negara sendiri.

Babak sejarah kini terhenti
di hujung masa
tiada lagi juntaian tembang perjuangan mengharu-biru
tiada lagi barisan syair tentang kejayaan mengepak-gepak
hanya sebaris madah layu
tentang negara yang terpilu.

Disebalik sebuah coretan
sejarah satu sumpah
para pemuda kini bercerita
kisah tanpa wajah
para Pemudi hidup seolah
tubuh tanpa nyawa
berkerjasama melahirkan
jutaan kisah tanpa makna.

Disebalik tiap bangku tempat
mencari jalan ilmu
kau buang detik menjadi debu
kau hapuskan gelora sukma
yang sedang menggegar
beralas buku bersalut sepi.

Disebalik takafur berteman sejadah kosong
Kau pohon restu tanpa ibadah
Kau minta dunia takjub melihat ketidaksempurnaan kau
Terlirai akhirnya segala jawapan dengan restu yang kaku.

Disebalik dunia yang berputar
Kau hanya bebal mengikut pusingan asli alam
Meski neraka telah
menjadi musim
Kau mengikutinya dengan setia.

Disebalik keriuhan
angkatan tempang
negara ini kian retak tergoncang
merdeka itu tidak lagi beraroma
hanya yang mendiaminya
sekadar sebuah gema.

Tak ingatkah kau sumpah pemuda
Lupakah kau pada ikrar pemudi
Kini janji ditangan kau telah menjadi sampah!


~artibsha256~
30/03/2013 

ENGKAU!



Dah curi hati aku ,
Dah bawa lari jiwa aku ,
boleh pulak kau berlalu pergi macam tiada apa yang terjadi ,

Dah bikin aku sakit hati,
Dah buat aku meroyan tiap hari ,
boleh pulak kembali macam tiada apa yang terjadi ,

Dah sering bikin aku menangis ,
Dah selalu buat aku marah ,
boleh pulak tetap senyum dan selamba macam tiada apa yang terjadi ,

itulah Engkau ,
yang macam mana pun nanti ,
aku tetap luluh hati ,
terima kamu apa adanya ,
terima apa saja lakumu ,
bodoh ke aku ?
atau ini cinta paling celaka pernah mendiami ?