Khamis, 14 Mei 2015

Tentang Jodoh Yang Tertangguh.

Kehadapan sahabat terbaik aku,
Bagaimana aku mampu menyenangkan mu,
Saat kau masih memperdulikan tentang jodohku,
Saat kau masih menantikan jawapan terbaikku,
Sedang tiap soalan kau, aku masih tiada jawapan.

Kelmarin kau terusan bertanya,
Bila kau nak kawin?
Dan mungkin inilah jawapan terbaik aku,
Harap kau fahami,
Harap kau mengerti.

Insyaallah sahabat bila tuhan telah izinkan,
Aku memiliki seorang lelaki bernama suami.
Insyaallah kawan bila tuhan telah makbulkan,
Doa yang aku panjatkan dalam tiap solatku.
Insyaallah.
Kerna semuanya atas kehendak Dia,
Sang Khaliq pemilik abadi setiap dari kita.

Sedarkah kau bahawa,
Bertahun kau mengulang soalan.
Bertahun juga aku mengulang jawapan.
Sampai akhirnya kau sendiri bosan menerima fahamku.
Dan untuk kau tahu,
Memang ikutkan aku,
Bila-bila aku sudah sedia,
Eh mungkin sekarang juga.

Tapi takdir masih berkata berbeza.
Mungkin Allah belum percaya padaku,
Untuk menjadi seorang isteri,
Untuk bergelar seorang ibu.
Mungkin juga amalku belum cukup sebagai warisan,
Untuk dikongsi bersama suami,
Untuk diajari pada keturunanku.

Terakhir kali aku menjawab soalanmu,
Moga kau sudi mengerti,
Moga kau sudi memahami.
Aku lebih lelah saat kau terlalu peduli tentang jodohku,
Sedang aku telah redha atas jalan Allah untukku.
Aku tahu kau sayang dan mahu aku sentiasa bahagia.
Terima kasih sahabat,
Kau antara nikmat Allah yang aku selalu syukuri.

Doaku moga kau bahagia bersama cinta duniamu.
Moga2 kekal hingga surgaNya.
Terus doakan aku juga ya,
Moga jodoh yang tertangguh itu termilik akhirnya,
Amin.

 *Jodoh itu benar rahsia Allah SWT. 
   Kun fa ya kun

~artibsha~
pesanantanpasuara
14May2015