Rabu, 31 Disember 2014

muka surat 365 ...

Daripada muka surat pertama aku punya impian untuk dilaksana. Aku catat segala peracangan yang ingin aku lakukan hingga habis muka surat ini. Tapi ternyata ada yang tercapai dan masih terkendala. Kerna aku hanya insan biasa. Tiada kuasa. Lalu ada rancangan-rancangan yang diubah lebih baik dan diberi lebih cabaran untuk terlaksana. Namun syukur hingga ke muka surat terakhir ini Tuhan beri peluang untuk tetap berjuang mencapai cita-cita dan impian. Jadinya untuk apa kau mengalah dan tewas. Sentiasa Hidup seperti esok terakhir kali kau melihat dunia. Lakukan segala mahu diri selagi perkara itu tidak memudaratkan. Bertindak guna akal bukan nafsu semata serta seiring dengan kefahaman seseorang yang punya pegangan.. sebelum aku tamatkan muka surat ini. Aku pasti punya satu impian yang wajib tiap muka surat pertama sejak 3 tahun lalu. Setelah aku ditinggalkan rabak hati. Aku sering kali minta untuk tiap muka surat pertama Tuhan gantikan hati baru untuk aku. Kerna kerapuhan hati ini. Perlu untuk aku sentiasa menukarnya. Moga Tuhan memakbulkan untuk kali ini jua.....


Muka surat Pertama - 1.01.2015
*Bismillahirahmanirahim ......

High Hopes!

"Kenapa aku lihat kau cinta kadangkala bikin manusia bahagia kadangkala buat mereka terseksa?" 

"Mungkin kerna tafsir mereka terhadap aku. Jika kau letakkan harapan cinta yang terlalu tinggi pasti kau akan terseksa jika ianya tak peroleh seperti mahu hati. Tapi jika kau memberi cinta tanpa mengharap dibalas sepenuh hati pasti kau bahagia. Pasti kau rasa nikmatnya.  Kerna cinta itu satu pemberian dari hati yang diberi untuk buat kita bahagia.. nasihat aku mudah. Beri selagi mampu. Jika sudah kehabisan berhenti. Dan seringnya kehabisan itu kerna kau sudah kecewa. Kerna bagi aku cinta tak pernah habis selagi kau bahagia... "

Selasa, 30 Disember 2014

#2 - Gadis Sepi


Lebih perit ditinggalkan tanpa pamitan.
daripada berpisah setelah mengucap selamat tinggal.

kau pergi begitu saja .
setelah harapan terbina. 
meninggalkan ku tanpa kata putus.
yang membuat hati terikat tanpa simpul. 

hati.
mati.
sendiri. 

#1 - Gadis Sepi


Dan akhirnya dia hilang.
setelah mencuri hatiku pergi.
hilang dari hidupku.
hilang dari segala-galanya.

Dan aku.
terpaksa lalui.
detik-detik yang ingin aku hindari.
terpaksa tabah dan tetap kuat.
melangkah dengan jiwa yang rabak berulang kali.


Selasa, 16 Disember 2014

Jodoh Pasti Bertemu

Andai kau tahu betapa banyak aku mencinta
Kau pasti takkan mahu menyakiti.
Andai kau tahu betapa besar sayang aku padamu,
Kau pasti takkan berlalu pergi.
Andai kau tahu betapa dalam aku memujamu,
kau pasti takkan berhenti menghargai.


Kau tak pernah peduli,
bilamana kau selalu menjadi isi dalam doa aku.
Kau tak pernah mengerti,
Bilamana kau selalu bermain dalam alam mimpi aku.


jika benar kita tidak sehaluan,
Jika benar kita tidak sejalan,
Aku berhenti membawa harapan.
Aku berhenti memberi impian.
Namun doa pada tuhan masih dialunkan.
Moga-moga jika kau memang tercipta untuk aku
jodoh pasti bertemu.




~artibsha~
pesanantanpasuara
16Desember2014

Khamis, 11 Disember 2014

Anugerah Terindah

Melihat tawa kau,
Mendengar merdu suara kau,
Merenung jelas dari mata kau,
Memberi aku sejuta kelegaan.

Sentiasa terlihat jelas pada alur mata aku,
Warna-warna indah dalam diri kau,
Dan sesekali,
Menatap derap langkah kau,
Memperdengar kisah hidup kau,
Tergambar bahawa hati yang ada pada kau
sesungguhnya
 hadiah dari syurga.

Saat kau disisi,
Saat kau mengerti,
Dunia seolah
kembali bergaul ceria,
Kerna kau sentiasa ada sesuatu untuk memberi tawa.
Paling tidak beri bahagia untuk aku dan kau.
Ya, untuk kita.

Dan hanya ingin kau tahu,
Kau benar anugerah terindah yang pernah aku miliki.
Eh bukan, yang selalu aku miliki.
Erm, mungkin yang terus aku miliki.
Ya, anugerah yang terus aku miliki.
Terima kasih pemilik hatimu yang abadi, Ya Rabb.
Meminjamkan dia untuk aku.


*Untuk Kau.

~artibsha~
pesanantanpasuara
11Desember2014

Selasa, 9 Disember 2014

Melepaskan Kau Pergi.

Tiada lagi waktu,
Untuk aku perjelaskan
Tentang hati yang terluka,
Tentang jiwa yang kecewa
Tentang rindu yang tidak terbalas
Saat kau pergi meninggalkan aku.

Sejenak melepas lelah,
Aku berduka,
Aku derita,
Kasih yang tertinggal diantara
liku hidup yang masih bersisa,
aku cuba berhenti melupakan kau.

waktu rintik hujan turun,
di sudut gelap pandangku
aku cuba bertahan,
melepaskan semuanya pergi,
walau hati ingin semuanya
kembali terjadi.


*tentang dia yang telah pergi.


~artibsha~
pesanantanpasuara
09Desember2014

Sabtu, 6 Disember 2014

Tanpa Tajuk #4


Untuk menjalani kehidupan setiap hari bukan mudah.
Kau perlu kuat dihenyak oleh manusia yang tak suka melihat kau gembira.
kau perlu gagah dijatuhkan saat kau berusaha mencapai cita-cita.
kau perlu senyum dimaki untuk tiap baik budi yang kau lakukan semata keranaNya.
Kau perlu bebas dikengkang dengan pelbagai halangan mempertahankan mahu diri.
kau perlu jadi kau. Kau perlu selalu minta. Kau perlu selalu dengar. Kau selalu perlu baca. Setiap kata-kata yang bikin kau kembali bangkit. Yang akan tetap buat kau teruskan perjuangan. Yang akan buat dirikau berkorbar setelah itu.
Dan. Ya. Kau perlu itu tiap hari. Kerna setiap hari. Adalah hari baru. Yang mana rasa semalam sudah mati. Dan tak mampu dikembalikan pada realiti. Hanya mimpi dan memori untuk dikenang pada masa depannya. 

untuk hati yang rapuh #1

Kadangkala kita terlalu mudah beri hati pada manusia untuk dihancurkan. 
Kesalahan itu bukan pada akal. Tapi kerana kerapuhan hati yang tidak dijaga dan dibaja dengan keimanan. Penyakit segala hati ini datangnya dari kelekaan kita pada dunia yang kita rasa nikmatnya menyeluru tanpa mahu berfikir bahawa kebahagiaan hakiki hanya ada di akhirat sana. Untuk hati yang rapuh bersabarlah dengan godaan dunia. Jangan terlalu hanyut hingga kau lupa sebab kau dilahirkan di dunia ini olehNya. Sedarlah. Kembalilah. Masih belum terlambat untuk mengubah segalanya. Dan sesungguhnya Tuhan itu sentiasa menanti kembalinya kau padaNya.

Jumaat, 5 Disember 2014

Kisah Mereka.

Aku terdiam membiarkan bahuku basah tersimbah air mata lelaki yang sangat aku kasihi. Membiarkan dia meluap segala duka yang terpendam. Dan aku berharap setelah ini dia akan tersenyum manis seperti dahulunya. Aku tidak akan menanyakan punca mengapa lelakiku menangis tersedu seperti itu, karna apa pun sebabnya aku cuma mahu dia tahu bahawa aku akan menjadi gadis yang sedia membuat dia tertawa semula.  

Dan detik itu hanya hati yang berbicara.

“ Aku tidak harus selalu kau jauhi bila kau hanya mahu menyeksa ku atas nama cinta” – Ms. J

“ Kau tidak harus selalu mendiamkan aku jika hanya ingin menyeksa ku atas nama kasih - Mr. Y

“ Terkadang aku bertahan disampingmu bukan untuk memenangi hatimu tapi hanya untuk menenangkan hatiku dengan melihat senyummu. Aku mohon sesekali tolong pinjamkan aku bahumu hanya sekadar untuk bersandar kerna aku rapuh saat kau menjauh." – Ms. J

“Aku hanya ingin kau tahu bahawa kau adalah matahari aku saat tersenyum, menjadi oksigen untukku bila jasad kau ada disisi, dan kau terus menjadi bintang dihatiku bilamana mata kita bertatapan penuh rindu." – Mr. Y

Yakin pada tuhan. Sesuatu yang sudah ditetapkan sebagai takdir kita, Dia tidak akan biarkannya menjadi milik seseorang yang lain. Kun Fa Ya Kun. Bersabarlah wahai hati, semuanya akan indah pada waktunya.



~artibsha~
pesanantanpasuara
05Desember2014



Untuk Kita-Kita - 03

#7
Siapa yang suka main-main
Dia pasti dipermainkan.
Sama seperti,
Apa yang kau bagi, itu yang kau akan dapat.

Adil.

Banyak main-main dalam hidup
Bersedialah untuk dimainkan oleh hidup.

Kau tipu Ali dan Abu,
Tapi kau tak sedar hakikat bahawa
Shuib dan Fateh juga sedang menipu kau.
Hadaplah kau dengan pusingan hidup seperti itu.
Sedia?


~artibsha~
pesanantanpasuara
05Desember2014



Khamis, 4 Disember 2014

Untuk Kita-Kita - 02

#4
Cinta mampu mengubah semuanya. Pahit menjadi manis, debu berubah emas, keruh beralih bening, sakit terlihat sihat, penjara menjadi telaga, derita bertukar nikmat, kemarahan beralih rahmat. Itu namanya kuasa C.I.N.TA.


#5
Kadang kala,
Kita perlu merasa sakitnya jatuh,
untuk sedarkan sebahagian diri kita,
yang sudah selesa terbang tinggi.

Dan terkadang,
gagal itu perlu agar
kita tahu erti syukur.


#6
Jauh mana kau pergi,
Bila sampai tempat yang kau pernah lalu,
Kau mesti berhenti.
Cuba tuk tarik nafas dalam-dalam,
sambil pejamkan mata, dan terasa seperti 
bayang masa lalu mengulir indah 
dalam kotak ingatan,
Seolah dapat menghidu waktu dulu,
dan tak sedar air mata sudah mengalir sepi.

Itulah kenangan,
Jauh mana kau berlari,
Tinggi mana kau mendaki,
Ia tetap akan kekal dalam hati,
Takkan dapat ditinggalkan,
Walaupun telah usang dan kau cuba benamkan ia didasar paling dalam.

*Tak salah melewati kenangan, tapi jangan terus tinggal dalam kenangan itu. Move on sayang.


~artibsha~
pesanantanpasuara
04Desember2014

Rabu, 3 Disember 2014

Untuk Kita-Kita - 01

#1
Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan dan yang mampu membuka pikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.


#2
Jika kau benar mencintainya, ingin hidup bersamanya, datanglah kerumahnya, temui ibubapanya. Dan nyatakanlah hasrat hati kau untuk mempersunting dia sebagai teman sehidup semati. Kau bakal memperjuangkan kebahagian dirinya, ,memenuhi setiap impian dirinya yang masih bersisa, dan akan selalu ada untuk dia dalam apa jua keadaan kedepannya.


#3
Cinta adalah anugerah dari tuhan yang tertitip indah untuk setiap dari kita. Tinggalnya saja kita sebagai manusia untuk bersyukur atas anugerah itu dan menikmati ia dengan segenap tawa.


~artibsha~
pesanantanpasuara
03Desember2014


Selasa, 2 Disember 2014

Nostalgia.


Aku.
Mahu rasanya mengulang sejarah menjadi kanak-kanak yang penuh cerita suka dan duka tersendiri. Punya waktu menjengah kebun Haji Ali dan curi-curi makan durian yang gugur ke tanah dengan Leman dan Fatimah selepas habis mengaji. Teruja bermain konda-kondi serta tepuk batang ais krim yang telah diasah tajam atau sekadar bermain lompat tikam dihalaman rumah. Dan Kadang aku selalu terkenang saat waktu aku dihambat oleh abah dengan rotan lidi yang sekali dilibas kesannya hanya akan hilang dua minggu kemudian. Walau hakikatnya aku tersangat rindukan saat bila abah menyapu ubat keseluruh badan yang penuh garisan halus kesan dirotan sambil memberi sebab mengapa abah merotan aku. Itu adalah waktu yang tidak terganti lagi sampai bila-bila. Aku rindukan abah dan lebih rindukan arwah mak. Alfatehah buat mak, Hajah Shaniah Binti Shahidan

Aku.
Berharap untuk terus kekal menjadi budak kampung yang punya sejarah hidup terindah. Yang rela mengekalkan parut di celah siku kesan jatuh pokok rambutan waktu berusia lapan tahun. Yang masih membiarkan kesan calar di sekitar lutut ada tidak di 'laser' kesan terjatuh dari basikal waktu berusia 12 tahun agar ia sentiasa menjadi nostalgia saat bergelar budak hingusan. Aku tidak berharap parut dan calar itu menghilang kerna ia adalah kenangan yang takkan terulang. Ia akan menjadi ingatan tentang diri aku yang dulu. Tentang anak kampung yang sudah dibiasakan dengan hidup yang kental. Jadi tidak perlu kenalkan aku pada segala produk kecantikan yang berada dipasaran kini. Syarat aku mudah. Siapa yang sudi terima aku yang kurang, aku terlebih sudi terima dia yang tidak sempurna. Kerna kita akan membuat semuanya menjadi yang terulung untuk perjalanan hidup kita yang terindah dan teristimewa. Paling tidak pun untuk engkau dan aku. Bahagia kita.

Aku.
Berdoa moga akan sampai saat waktu itu bisa terulang. Walau bukan lagi untuk aku tapi pada anak-anak aku nantinya. Aku mahu mereka kenal dan sudi bermain permainan tradisi bunda. Bukan sekadar menghabiskan masa bersama segala bentuk teknologi yang terbentang di depan mata mereka kelak. Aku berharap mereka teruja saat menikmati segala macam makanan “orang dulu-dulu” seperti tempoyak, petai, sambal belacan tanpa meminta digantikan dengan keju atau tuna. Walau dunia semakin moden dan kian terlihat berbeza, aku mahu anak-anak aku kenal budaya dan adat resam melayu yang sebetulnya. Moga mereka selalu meminta dengan ikhlas untuk berbaju kurung serta berbaju melayu dan bukan sekadar dipakai saat hari raya tanpa rungutan dan paksaan dari  bunda. Moga kedepannya nanti ia bukan sekadar harapan.

Aku.
Terasa semakin dewasa dan tua. Bilamana berjumpa sahabat dan teman yang sudah beranak-pinak. Merasa sudah cukup berumur dan bertambah usia saat anak-anak menakan sudah setinggi aku malah ada yang melebihi aku. Dan sehingga detik ini, walau masih sendiri tanpa dia yang bergelar suami @ hubby @ abang @ sayang atau apa pun juga gelaran yang diberikan kalian pada seorang lelaki pelengkap impian duniawi, aku masih bersyukur. Kerna Tuhan melengkapkan kurang itu dibahagian yang lainnya. Hingga kadang aku merasa sentiasa dicukupkan segala keperluan. Terima kasih tuhan atas tiap nikmatMu.

*Sekadar Nostalgia. Aku benar rindu nasi goreng kicap arwah mak. Tuhan bahagiakan bundaku diatas sana kerna dia sesungguhnya bidadari syurga yang paling indah pernah Kau pinjamkan. Dalam kenangan Allahyarhamah Shaniah Binti Shahidan "1949-2012". Al-fatehah.




~artibsha~
pesanantanpasuara
02Desember2014

Kau Akan Menjadi Milikku Di Ruang Yang Berbeda.

Apa ini benar? “Bagaimana aku mampu ikut tertawa? Bagaimana caranya aku harus kuat saat melihatmu bercanda dan bahagia dipelukkan orang lain”. Begitu kalimat yang tercatat dalam diari kecilmu yang tak sengaja aku baca. Ia seolah meleraikan sendi-sendi nadiku dan seperti memusnahkan segala impian cinta yang aku tanam sejak dulu. Namun, bertenanglah ini aku. Meski aku terluka membacanya, namun aku akan terus mendampingimu sampai kau bosan. Kelak jika suatu saat kau sudah bosan, maka aku bersiap untuk pergi bilapun kau mahu. Namun untuk saat ini, aku akan terus mengisi kekosongan rindumu padanya agar kau tidak bersedih. Aku akan kuatkan kau dengan semangat cinta ku agar kau tak sakit saat melihat dia bahagia dipelukkan orang lain. Aku yang akan setia menemani kau agar kau terus bersabar. Aku tidak tahu berapa lama aku mampu memegang tanganmu. Aku tidak mahu berjanji, tapi aku akan selalu berdoa agar aku terus bisa memberimu kekuatan meski aku akan rapuh dan jatuh saat melihat kau tersiksa kerana rindu padanya. Ya, inilah aku. Yang akan terus berusaha mencintai kau, meski kau tak pernah mencintaiku. Aku akan bersabar dan tersenyum kerna padaku jika pasangan Ainun dan Habibie pernah di katakan oleh masyarakat Jerman "di mana ada Ainun di situ ada Habibie " makanya aku juga mampu mewujudkan pepatah baru tentang kita berdua, kerna mereka akan lantang menyatakan bahawa "di mana ada mereka berdua dunia harus mempersiapkan diri untuk iri dan cemburu atas kemesraan yang wujud antara kita". Ingin sekali aku nyatakan kebenaran, bahawa aku terasa mahu membunuhmu saat aku melihat kau tertawa lepas tika menceritakan tentang dia dihadapanku, tapi itu juga seolah membunuh diriku sendiri kerna kau adalah sebab aku masih di sini. Dan untuk sebab seperti itu, Aku juga mahu melukiskan sejarah baru kisah kita. Jika Juliet mampu setia mendampingi Romeo kekasihnya atas dasar sejatinya cinta, makanya aku akan mempersiapkan sejarah teragung tentang cinta kita. Aku bersedia untuk setia mendampingimu sampai akhir hidupku meski kau mencintai yang lainnya. Dan detik itu, cinta kita akan terlukis sebagai satu sejarah terulung atas nama cinta sejati. Aku masih ingat pada satu ketika dimana kau telah pergi sebentar untuk menyelesaikan beberapa hal dan kau hanya kembali setelah senja menjelma lalu mengetuk pintu rumahku, dengan segera aku bergegas merapikan diri agar kau tak melihat aku berantakan kerna 'kehilangan' kau. Saat aku membuka pintu aku sudah sedia tersenyum menyambutmu dengan segala luahan rasa yang terbuku. “Kenapa tinggalkan aku terlalu lama? sudah jam berapa sekarang? Kau tahu bahawa aku lelah ditinggalkan terlalu lama seperti ini”, walau pada perkiraanku kau hanya pergi untuk beberapa jam sahaja. Namun kau sekadar terdiam dan kaku di muka pintu lantas aku menyuruhmu memelukku erat agar aku dapat melepaskan segala rasa rindu. Ada tangisan dibalik pelukan dan aku tahu kau sedar akan itu. Untukku, walau sudah banyak kalimat cinta yang hilang dan tak bisa lagi aku ciptakan sama seperti sebelumnya, aku tetap harus menciptakan kalimat-kalimat indah yang baru. Jika jutaan manusia bisa mengukir sejarah kesetiannya pada cinta sejati, aku juga akan menceritakan mengapa dan bagaimana aku masih kuat berdiri mendampingimu, meski segumpal pertanyaan terus menghujah ku tanpa rela. Kerna padaku cinta yang ikhlas tidak memerlukan banyak penjelasan, ia cuma memerlukan satu pengorbanan. Dan mungkin juga kerana aku masih mampu mendengar setitik cinta itu meski sangat jauh kewujudannya dari sisiku. Aku tahu kau akan mencintaiku dalam ruang waktu yang berbeda, dan aku tidak akan berhenti berdoa menunggu saat itu tiba. Bukan salahku jika aku berdendam. Andainya ini terwujud diantara kita kelak, maka sejarah baru ini akan aku umumkan pada semua yang sudi membaca kisah kita dan aku yakin mereka akan berkata, "perjuangkan dendammu dan teruslah mencintainya". Ianya tidak akan menjadi sesuatu yang mustahil kerna kau adalah sahabat dan teman baikku. Takkan aku biarkan kau bermain dengan orang lain sebelum aku mampu mengalahkan semua permainanmu. Hingga kita sudah cukup tua, aku akan tetap setia menunggumu untuk apa pun sebabnya nanti. Aku akan menceritakan kebaikkanmu pada mereka-mereka. Tentang kau yang tidak pernah menyakitiku. Di satu sisi, aku berharap pertemanan dan persahabatan itu terus ada, meski sepertinya semua sudah berubah saat di mana dimensi lain telah mengisi tiap ruang kosong itu. Hari ini aku seakan mahu berteriak dan melaungkan hajat hati, "bolehkah aku terus kekal dalam nadi hidupmu, kerna aku ada pesan dari Tuhan. Kita hayati ia sama-sama ya, untuk persediaan selamanya sampai bilapun yang kau mahu". Mungkin sehingga kau mengusirku dari ruang itu, dan aku akan buang jauh pesan dari Tuhan itu lalu pergi meninggalkan semuanya, agar kau dan mereka tahu ini juga bakal menjadi sejarah baru tentang kita yang sudah tidak lagi bersama. Kerna kau telah memilih dia dan membuang cinta suci ku.


*Cinta sejati akan membawa kita kembali bersama.


~artibsha~
02 Desember 2014

pesanantanpasuara 

Sabtu, 27 September 2014

Hanya luahan basi ...


Bila di bicara tentang cinta, dia hanya mampu mendiamkan diri dan tidak peduli kerana hatinya telah mati. kekecawaan lalu membuat dia tidak mampu untuk memulakan semua. Di biarkan hati yang rabak terus rabak tanpa cuba beri peluang pada yang sudi untuk menyembuhkan kembali. Bagi dia semua ketakutan lalu membuat dia hilang percaya bahawa cinta sejati itu wujud didunia. Dia penat ditinggalkan , dipermainkan , dikecewakan. Hatinya benar-benar sudah tiada rasa. Jadi dia tekad biar cinta dari Tuhan yang membuatnya bahagia di dunia. Selebihnya jika Tuhan takdirkan dia pada seseorang yang mampu membuat hatinya kembali bahagia dia akan menerimanya .

Khamis, 11 September 2014

Sekadar Berbicara

Seribu ragu yang kian menyerang, namun harus aku akui bahawa aku telah terlanjur sayang, walau arah mata angin berlawanan, tapi aku sedia untuk bertahan dan terus berjalan untuknya. Kata seorang teman, “orang yang pantas aku tangisi adalah dia yang tidak akan membuatku menangis, dan apabila dia telah membuatku menangis seharusnya dia tidak pantas untuk aku tangisi”. Aku cuba fahami erti katanya dan terus mendalami walau sukar dihadamkan hati. Pada aku kebenarannya, berhentilah mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, lebih baik belajar dan persiapkan diri menjadi seorang yang pantas untuk dicintai. Ini bukan sandiwara, ini bukan permainan “rounders” yang saat kau mati adalah ketika kau tidak sempat untuk menghabiskan satu pusingan dan kemudian kau bisa hidup kembali jika kawan kau berjaya berlari untuk kau. Ini juga bukan cerita lawak yang banyak ditonton penggemar kemudian kau berlaga menjadi orang terhumoris di muka bumi sementara hati kau menangis kerna realiti tidak seindah di tv. Apa yang aku faham kita sedang berbicara tentang masalah hidup sebenar yang perlu di hadapi setiap harinya. Lupakan tentang hidup yang mungkin berjalan dalam detik lebih lama lagi, bagaimana jika hidup ini tersisa 1 bulan atau 1 minggu atau 1 jam atau tersisa hanya satu detik? Tahankah kedua kaki dan tangan untuk bisa berdiri dan menahan serta melawan waktu yang tertinggal dalam mengharungi semuanya sendiri. Apakah yang mahu kau lakukan sebelum semuanya berakhir? Ianya terletak di tangan kau! 

Aku mahu kau belajar memahami erti hidup dalam realiti dunia. Kita tidak tercipta dengan sayap ajaib yang mampu membawa kita kemana pun, yang punya kuasa sakti dalam menunaikan tiap harapan dan impian. Bangkitlah dari mimpi yang gila dan membutakan. Hiduplah sebagai manusia normal dan waras akal. Kerna kita ada Tuhan pemilik atas segalanya. Hiduplah sebagai hambaNya yang setia dan yang terbaik akan tersusun indah bila tiba waktunya. 


~artibsha~
11 September 2014

Khamis, 24 April 2014

Puisi untuk Nemon ....


Walau kau tak mampu bicara.
tapi aku tahu kau bisa mendengar.

cukup menjadi pendengar setia.
segala cerita suka duka yang aku luahkan.
tatkala mulut tak mampu bicara pada manusia.

Aku percaya Tuhan itu ada.
dan ini anugerah dariNya.
Terima kasih Tuhan.
untuk satu-satunya dia.

jika ajalnya telah tiba.
moga hati ini tabah menerima.
kerna aku percaya.
setiap yang datang pasti kembali
pada penciptaNya.

Terima kasih nemon.
untuk tetap bikin terhibur saat aku lelah dengan manusia di dunia..


Rabu, 2 April 2014

Saat Hati Wanita Dilukai

Tak banyak lelaki tahu 
bagaimana keadaan saat hati wanita terluka.

Wanita marah bukan berarti ia pemarah.
Melainkan hatinya sedang bersedih,

Wanita yang memilih untuk berdiam 

bukan berarti dia egois dan berlagak
Kadang dia merasa diam lebih baik untuknya.

Saat Hati Wanita Dilukai
Mungkin sukar dibayangkan keadaannya
Namun gundahnya hati wanita ketika tersakiti 

Seperti saat sebiji gelas terjatuh ke lantai
dan terus hancur berderai.

Dan detik itu.
TIdak banyak yang dapat dia perbuat.
Yang pasti akan ada setitis air mata membasahi pipinya.
Yang pasti dadanya akan terasa sesak dan lemas.
Yang pasti dia merasa hilang segala miliknya.

Untuk kau yang bergelar lelaki.

Jika kau mahu mengenggamnya maka genggamlah dengan halus
Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan
Karna dia adalah makhluk yang sangat rapuh dan tulus.

Wanita itu diibaratkan kaca.
Maka jangan terlalu kasar membersihkannya 

Karna ia akan retak dan hancur
Jika mahu meletakannya j
angan dibanting keras
Karna ia akan pecah dan berkecai.

hati wanita itu seharusnya.
Dibelai dan dimanja.
Kerna ia tidak kuat bila terluka.


artibsha
pesanantanpasuara
02April2014

Aku Kembali

Aku Kembali.
Menghujah segala khayal.
Meluah segala rasa.

Aku Kembali.
Ingin berkongsi cerita dunia.
Ingin berbagi rasa cinta.

Aku Kembali.
Tanpa dendam dan benci.
Hanya untuk kau.
Harap kau sudi terima.

artibsha
pesanantanpasuara
02April2014

Selasa, 25 Februari 2014

Katakan Tentang Itu.

Katakan tentang itu.
Walau ia tidak semanis dulu.
Walau ia tidak seindah dulu.
Walau ia tidak secantik dulu.

Katakan saja agar aku tidak terus menanti.

artibsha
pesanantanpasuara
25Februari2014

Dari Jiwa ..


Kadangkala benda yang jujur itu menyakitkan.
namun itulah kebenaran yang kita cari.

kadangkala benda yang di lihat oleh mata sendiri itu amat memilukan.
namun itulah kejujuran yang mahu diketahui.

kadangkala benda yang bahagia itu adalah keracunan.
namun itulah kesempatan untuk kita belajar dari kesilapan.

jika kadangkala itu dibiar telan dengan keredhaan.
pasti jiwa tak akan kegelisahan.
maka dengan itu .
biar kita rasa nikmat kepercayaan yang telah kita beri padaNya ...


-Tehyaa
- 25/2/2014

Memilih Untuk Tidak Dipilih.

Memilih untuk tidak dipilih.
Agar yang tersakiti itu bukan dia.
Supaya yang menyakiti itu bukan aku.

Memilih untuk tidak dipilih.
Moga masih ada bahagia untuk aku dan dia.
Moga masih punya cinta buat aku dan mereka.

Memilih untuk tidak dipilih.
Berat namun harus merelakan.
Sakit namun perlu direlakan.

Memilih untuk tidak dipilih.
Aku yakin ia pilihan dari tuhan.
Berdoa moga esok masih ada tawa.


artibsha 
pesanantanpasuara
25Februari2014 


Rabu, 22 Januari 2014

Tentang Cerita Kita.

Dan.
kerna kisah ini sudah tertulis dilangit tuhan.
kisah hidup aku dan tentang wujud kau.
tiap titik jalan sudah ditentukan Dia.
apa haknya kita sebagai hamba mempersoal
ceritera yang sudah tercipta.

Lalu.
teruskan hidup dengan apa yang sudah disedia.
Dia tahu yang terbaik buat kita.
maka padaNya kita letak percaya.
maka padaNya kita mohon doa dengan jiwa hamba.
moga tidak ditinggal sendiri mencana mimpi dunia.

Seterusnya.
tiap hati yang ada mesti redha.
tiap jiwa yang wujud perlu ikhlas.
tiap jasad yang belum diambil harus setia.
segala kejadian adalah atas pengetahuanNya.
segala keajaiban adalah atas kuasaNya.
segala kebaikan adalah atas rahmatNya.


*duka itu indah.

~artibsha2014~
22Januari2014
pesanantanpasuara