Rabu, 23 Oktober 2013

Rasa Jiwa

Untuk benar yang termaktub
aku seru ikhlas kau tuk
faham aku,
itu cara aku bicara
tolong jangan bangkang,
Aku & kau sama
khalifah untuk tuhan,
bezanya pada kita
takdir dari Dia
Ia takkan sedarjat
hingga hari kebangkitan.

Maaf kau, aku simpan,
Maaf aku, harap kau terima.

Untuk punca yang terwujud
aku tagih faham kau,
Letak rasa dalam jiwa aku
Aku hamba, kau serupa sama,
Lain tentang kita
qada’ dan qadar dunia,
ia takkan serona hingga
masa nyawa dikutip.



*Untuk kau yang molek.


~artibsha~
23Oktober2013

Selasa, 22 Oktober 2013

Bangun Bangsaku

Bangun bangsaku
mimpi indah usai
diterbang angin
mimpi ngeri singgah
dengan lenang
dia cipta resah batin
dia bawa kalut sukma.

Bangun bangsaku
jangan biar mereka
tawa lihat remuk kita
jangan biar mereka
sinis jenguk hancur kita
jangan biar mereka
senyum intai jatuh kita
jangan biar mereka
selesa jengah derita kita.

Bangun bangsaku
bersatu untuk menggegar
kita keturunan merdeka
ada darah semangat pendekar
kita umat tiada gentar.

Bangun bangsaku
kembalikan tawa anak itu
kembalikan tenang wanita itu
bawakan bahagia mereka
yang terhilang
bawakan riang mereka
yang tenggelam.

Untuk setiap doa dan sujud kita
moga Allah terima segala
amalan para syuhada itu
moga Allah ambil mereka
penuh kasih hormat
moga Allah rehatkan
bersama wali-walinya.

*Bangga punya mereka yang lahir

 atas nama pejuang.



~artibsha256~
22Oktober2013

Isnin, 21 Oktober 2013

Hadiah Dari Tuhan

Hadiah dari tuhan
kau
dia
mereka
aku terima ikhlas.

Hadiah dari tuhan
kau
dia
mereka
aku syukur seraya
sujud untukNya.

hadiah dari tuhan
kau
dia
mereka
aku ikrar akan setia.

Untuk tiap hela nafas
akad aku pada semesta
mudahan hanya tawa
persembah dari aku.


**Terima kasih kongsi hati.




~artibsha~
21oktober2013

Khamis, 10 Oktober 2013

Terasa Hati.

lumrah hidup dunia.
salah kita dia pandang.
salah dia sepertinya tiada apa untuk ditegur.

adat hidup manusia.
bila mahu ditolong simpati diberi percuma.
bila mintak ditolong alasan sumbang diluah tanpa belas.

aku.
mahu hidup dengan cara sendiri.
mahu lalui semuanya dengan senang hati.
mahu beri segalanya pada yang aku cintai.

kau, dia dan mereka.
jangan hampir jika mahu melukakan.
jangan dekat jika ingin membenci.
jangan datang jika hendak menyakiti.

bahagia aku.
kerna punya tuhan yang masih mengasihi.
kerna punya keluarga yang selalu mencintai.
kerna punya sisi lainnya yang sentiasa termiliki.


~artibsha~
10Oktober2013

Rabu, 9 Oktober 2013

Pemuja Rahsia

kau larut dalam aku.
seperti garam yang mencukupkan rasa.
beri ruang jalan dalam langkah mencari yang hilang.

aku menanti penuh setia.
moga ada sesuatu untuk aku dari kau.
moga kau  sudi memberi pada aku.

dan seperti hari kelmarinnya.
aku masih yang sama.
tiada beza.
tidak berganjak.
masih pemuja rahsia.


~artibsha~
09Oktober2013

Selasa, 8 Oktober 2013

Salam Kenal.

Salam kenal
untuk kau yang indah
buat kau yang cantik
pada kau yang istimewa
harap sambut ikhlas
harap tampung jujur
harap terima sempurna.

Kau bahagia aku
beri jiwa dengan kebebasan cinta.

Kau riwayat cinta aku
dukung hajat segala rasa.

Aku ingin kau mafhum,                                   
hendaknya ada kimia ajaib dari tuhan

satukan kita penuh menawan.

Aku harap kau sanggup
temankan aku hingga hujung usia kita.

**Tentang dia yang aku kasih.


~artibsha~
08Oktober2013

Khamis, 3 Oktober 2013

Isi Hati Dia.

Sukar mentafsir.
Kadang dia sepertinya suka.
Kadang dia sepertinya hambar.
Mungkin kerna dia lelaki.
EGOnya paling atas.
Takkan peduli yang lainnya.
Walau hati benar sayang.
Walau hati benar cinta.

Terserah takdir.
Jika dia lelaki itu.
Rela bertahan hanya untuk melihat dia bahagia tawa.

~artibsha~
03oktober2013

Rabu, 2 Oktober 2013

Hiba Hati.

Hati hiba.
terluka. derita.
kehilangan sesuatu yang termilik sebelumnya.

Hati hiba.
sunyi. sendiri.
menyesal kerna melepaskan apa yang telah dimiliki terdahulunya.

Hati hiba.
berdoa. berharap.
moga esok masih ada sinar untuk yang lainnya.


~artibsha~
02oktober2013