Jumaat, 30 Ogos 2013

Rindu terubat kelmarin

rindu aku terubat kelmarin
dia tiba dengan senyum lirik manis
aku bahagia walau tanpa bicara.

rindu aku terubat kelmarin
dia datang dengan alir mata indah
aku tenang walau renung itu bukan milik aku.

terima kaseh tuhan
atas pertemuan kelmarin
biar tanpa bicara
meski tanpa pandangan mata
aku sedia selagi dia punya tawa.

untuk kau yang aku suka
moga kau lebih bahagia
moga kau tiada duka
moga kau kekal sempurna.

untuk kau yang aku sayang
aku masih sayang kau untuk hari seterusnya
atas nama cinta, aku lepaskan kau
untuk bersama dia yang ada dalam kau.



~artibsha~
130630

Tiada ulasan:

Catat Ulasan