Khamis, 11 September 2014

Sekadar Berbicara

Seribu ragu yang kian menyerang, namun harus aku akui bahawa aku telah terlanjur sayang, walau arah mata angin berlawanan, tapi aku sedia untuk bertahan dan terus berjalan untuknya. Kata seorang teman, “orang yang pantas aku tangisi adalah dia yang tidak akan membuatku menangis, dan apabila dia telah membuatku menangis seharusnya dia tidak pantas untuk aku tangisi”. Aku cuba fahami erti katanya dan terus mendalami walau sukar dihadamkan hati. Pada aku kebenarannya, berhentilah mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, lebih baik belajar dan persiapkan diri menjadi seorang yang pantas untuk dicintai. Ini bukan sandiwara, ini bukan permainan “rounders” yang saat kau mati adalah ketika kau tidak sempat untuk menghabiskan satu pusingan dan kemudian kau bisa hidup kembali jika kawan kau berjaya berlari untuk kau. Ini juga bukan cerita lawak yang banyak ditonton penggemar kemudian kau berlaga menjadi orang terhumoris di muka bumi sementara hati kau menangis kerna realiti tidak seindah di tv. Apa yang aku faham kita sedang berbicara tentang masalah hidup sebenar yang perlu di hadapi setiap harinya. Lupakan tentang hidup yang mungkin berjalan dalam detik lebih lama lagi, bagaimana jika hidup ini tersisa 1 bulan atau 1 minggu atau 1 jam atau tersisa hanya satu detik? Tahankah kedua kaki dan tangan untuk bisa berdiri dan menahan serta melawan waktu yang tertinggal dalam mengharungi semuanya sendiri. Apakah yang mahu kau lakukan sebelum semuanya berakhir? Ianya terletak di tangan kau! 

Aku mahu kau belajar memahami erti hidup dalam realiti dunia. Kita tidak tercipta dengan sayap ajaib yang mampu membawa kita kemana pun, yang punya kuasa sakti dalam menunaikan tiap harapan dan impian. Bangkitlah dari mimpi yang gila dan membutakan. Hiduplah sebagai manusia normal dan waras akal. Kerna kita ada Tuhan pemilik atas segalanya. Hiduplah sebagai hambaNya yang setia dan yang terbaik akan tersusun indah bila tiba waktunya. 


~artibsha~
11 September 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan