Khamis, 4 Julai 2013

Warkah buat bakal Imamku.

Bakal Imamku,
aku mencari centa dalam damai tasbih Ilahi
aku mendamba kasih dalam restu takdir yang Esa
aku mengharap rindu dalam penantian suratan dari DIA.

Bakal Imamku,
benarkan aku mencintaimu  penuh keikhlasan rasa
benarkan aku mendampingimu sekadar penguat diri berjuang di alam dunia
benarkan aku memilikimu sebagai tanda tulus jiwa mencenta.

Bakal Imamku,
percayakan aku atas rasa bertuhan
percayakan aku atas centa keikhlasan
percayakan aku atas janji kedamaian

Sesungguhnya,
aku mencintaimu kerna kasihmu padaNYA lebih dari kasihmu buatku,
aku menyayangimu kerna rindumu padaNYA tulus ikhlas tiada ragu,

dihujung janjiku atas nama agama
bila lafaz tertaklik antara kita
bila gelaran terindah itu milik kita
satu janjiku buatmu hingga hujung nafas terlerai...
"...wahai suamiku tercinta, aku mengharapkan
ikatan ini kekal hingga ke syurga... bantulah aku
mencari cinta teragung beriringan cinta dunia kita... ingatkan aku pada
tanggungjawab seorang isteri agar aku tidak mengecewakan dirimu kerna taksub dengan hal dunia.

wahai suamiku tersayang, benarkan aku mencium
bau syurga dari bawah tapak kakimu, benarkan aku
menjadi pencinta setia disisi dengan seikhlas hati,benarkan aku mengubat segala duka bila hatimu dilukai, benarkan aku menjadi bunda kepada anugerah cinta hadiah dari Ilahi."

Dipenghujung waktu menyisir tua
aku berdoa agar cinta kita masih seperti itu,
walau nanti aku harus memimpin tanganmu untuk mencari saki baki cinta dunia kita,
walau nanti aku harus menyediakan
hidangan yang lembut tidak berkenyal kerna dirimu tidak lagi mampu menghadam semuanya,
walau nanti aku perlu menjadi peneman setia disisi dirimu yang tidak lagi segagah waktu muda.

dia yang bernama suami,
benarkan aku untuk terus mencintaimu, sehingga jasad diambil semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan