Isnin, 13 April 2015

Pemuja Rahsia

Aku mulakan hariku dengan doa buatmu
Moga harimu dibahagiakan Tuhan,
Moga jasadmu diberi kesihatan,
Sebelum kau terus pergi tanpa kata,
Sebelum kau terus melangkah tanpa bicara.

Aku tidak pernah berharap,
Untuk kau membalas tiap inci rindu yang datang,
Untuk kau mengerti semua rasa yang bergadang,
Cuma aku inginkan atas pengertian ini,
Kemana pun kau melangkah,
Kau sedia memperlihatkan dalam hatimu,
Tentang aku yang selalu menjadi pemuja rahsia.

Begitu ramai teman telah menghiburkan aku,
Saat aku kecewa kau membuang jauh bunga pemberianku,
Saat aku hampa kau melontar sepi helaian surat cintaku,
Akhirnya aku sekadar menikmati indah dirimu dari sisi gelapku,
Dan aku sedar bahawa aku hanya menjadi pemuja rahsia.

Apa pun yang terjadi untuk semua ini,
Jangan pernah menghiraukan aku,
Jangan gusar kerna aku tetap mencintai,
Bertenang dan tersenyumlah selalu,
Kerna mungkin kau takkan pernah tahu
Betapa aku benar mengagumi,
Walau ia tidak pernah ditanggapi,
Namun akulah orang yang akan selalu memuja kamu.


~artibsha~
pesanantanpasuara
13April2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan